Sabtu, 30 Mei 2020
SELATAN
21/05/2020 12:05 PM

Oleh Massita Ahmad

SINGAPURA, 21 Mei  -- Singapura secara beransur-ansur akan membenarkan pengembara melakukan transit menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Changi berkuat kuasa 2 Jun ini, demikian menurut Pihak Berkuasa Penerbangan Awam republik itu (CAAS).

"Ini adalah sebahagian daripada strategi Singapura untuk membuka semula pengangkutan udara secara berperingkat demi memenuhi keperluan ekonomi dan rakyat kita selain memastikan aspek perlindungan sewajarnya serta mencukupi bagi perjalanan yang selamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, semua penerbangan perlu mengemukakan cadangan mengenai laluan pemindahan menerusi Lapangan Terbang Changi kepada CAAS.

"Cadangan itu akan dinilai dengan mengambil kira keselamatan penerbangan, pertimbangan kesihatan awam selain kesihatan penumpang dan anak kapal,” katanya.

Menurut CAAS, pada masa ini, penumpang asing hanya dibenarkan transit melalui Singapura sekiranya berada dalam penerbangan khas yang diatur oleh kerajaan masing-masing.

"Keputusan itu akan membolehkan penumpang melakukan transit menerusi Singapura dengan lebih mudah lagi,” katanya.

Atas alasan berjaga-jaga, CAAS berkata langkah lebih ketat akan dilaksanakan bagi memastikan penumpang transit kekal di ruang terbabit dan tidak berada dalam kalangan penumpang lain di lapangan terbang berkenaan.

-- BERNAMA

 

 

 

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan