Sabtu, 30 Mei 2020
TENGAH
20/05/2020 09:09 PM

KUALA LUMPUR, 20 Mei -- Warga kota dilihat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan bagi menaiki pengangkutan awam serta yakin menggunakan perkhidmatan itu sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Prasarana Muhammad Nizam Alias berkata sejak perkhidmatan itu kembali beroperasi 4 Mei lepas, jumlah penumpang meningkat secara drastik dan menjangkakan jumlah penumpang akan terus meningkat selepas sambutan Aidilfitri. 

"Kami berharap lebih ramai lagi akan memilih untuk menggunakan pengangkutan awam dan yang paling penting kami ingin memaklumkan orang ramai bahawa pengangkutan awam tetap selamat digunakan.

"Kami sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan seperti melaksanakan disinfeksi, membersih dengan kerap serta memastikan penjarakan sosial," katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Beliau berkata demikian selepas membuat tinjauan pematuhan jarak sosial di dalam bas dan tren bersama Pengerusi Kumpulan Prasarana Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai langkah membanteras penularan COVID-19.

Muhammad Nizam dan Tajuddin membuat tinjauan dengan menaiki bas Rapid KL dari hab bas Bangsar ke MRT Semantan, sebelum beralih menaiki MRT laluan Sungai Buloh-Kajang untuk menuju ke Pasar Seni. 

Tajuddin turut menyampaikan sumbangan cecair pembasmi kuman dan pelitup separuh muka kepada penumpang pengangkutan awam itu. 

-- BERNAMA

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan