Sabtu, 30 Mei 2020
TENGAH
20/05/2020 02:26 PM

SHAH ALAM, 20 Mei  -- Seorang bekas pengurus besar kanan sebuah syarikat pembekal simen direman dua hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta dan menerima suapan berkaitan pemberian kontrak.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Norliza Hussin hari ini bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 16a(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Lelaki berumur 48 tahun itu ditahan di pejabat SPRM di sini semalam.

Suspek dikatakan meminta dan menerima suapan berjumlah RM332,000 daripada dua syarikat berkaitan pengangkutan dan pembuat campuran simen untuk pembinaan sebagai balasan bagi meneruskan pemberian kontrak pembekalan bahan itu kepada kedua-dua syarikat tersebut antara 2017 hingga 2019. 

-- BERNAMA

 

 

 

 

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan