Isnin, 25 Mei 2020
TIMUR
11/05/2020 05:10 PM

TANAH MERAH, 9 Mei -- Pelaksanaan Perintah Kawalan (PKP) oleh kerajaan bagi mengekang penularan pandemik COVID-19 tidak menghalang pengusaha kuih nekbat, Rakiah Yaacob, meneruskan jualan kuih tradisional masyarakat Pantai Timur itu pada bulan Ramadan ini.

Rakiah, 53, gigih menghasilkan kuih yang berbentuk seakan kuih bahulu itu susulan ia amat digemari penduduk Kelantan untuk dijadikan hidangan pembuka selera pada waktu berbuka puasa.

Katanya, nekbat menjadi pilihan penduduk Kelantan kerana mudah dimasak iaitu hanya perlu disira dengan air gula dan diletakkan sehelai daun pandan agar ia berbau wangi.

“Sebagai pembuat nekbat yang belum dimasak, prosesnya adalah sama seperti membuat kuih akok dan bahulu namun tidak menggunakan telur yang banyak seperti kedua-dua kuih tradisional itu.

“Saya mampu menghasilkan kira-kira 3,000 biji nekbat dengan menggunakan 300 biji telur sahaja,” katanya ketika ditemui Bernama di rumahnya di Kampung Padang Siam di sini, hari ini.

Rakiah yang dibantu oleh dua anaknya, Hazirah Ab Hamid, 28, dan Muhammad Faiz, 20, bagi menghasilkan kuih berkenaan berkata beliau hanya menjual nekbat pada Ramadan sahaja sejak 20 tahun lepas dan kemahiran itu dipelajari secara turun-temurun daripada ahli keluarganya.

“Saya dan anak-anak akan memulakan proses pembuatan nekbat secara tradisional kira-kira pukul 10 pagi setiap hari.

Selepas adunan yang terdiri daripada tepung dan telur siap, ia akan dibakar di dalam acuan sama seperti bahulu mahupun akok menggunakan arang serta sabut kelapa dan ia akan masak tiga jam kemudian,” katanya.

Rakiah berkata pelanggan tetapnya adalah peniaga yang berniaga di pasar besar Tanah Merah, Machang, Kuala Krai,  serta penduduk setempat.

Nekbat Rakiah dijual pada harga RM30 bagi 100 biji kepada pemborong dan RM2 untuk empat biji nekbat kepada penduduk setempat.

“Namun pada tahun ini, berikutan pelaksanaan PKP jualan saya merosot kepada kira-kira 1,000 biji sehari berbanding 3,000 biji sehari pada tahun lepas. Itupun selepas anak berusaha mengiklankannya di media sosial. Jika tiada media sosial mungkin jualan akan lebih rendah lagi,” katanya.

-- BERNAMA

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan