Selasa, 07 April 2020
SABAH & SARAWAK
26/03/2020 08:48 PM

SIBU, 26 Mac -- Penjaja harian yang menjual sayuran kampung dan hutan di Pasar Awam dan Tamu di Sibu Jaya diminta mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dilanjutkan sehingga 14 April.

Setiausaha Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) Justani Joni berkata sepanjang tempoh itu hanya peniaga dan penjaja barangan basah dan keperluan dapur yang penting dibenarkan beroperasi dari pukul 7.00 pagi sehingga 7.00 petang.

Katanya kedegilan dan sifat pentingkan diri sendiri akan hanya menyusahkan pelbagai pihak khususnya petugas di barisan hadapan.

"Jadi saya mohon penjaja harian supaya patuh terhadap arahan yang telah dikeluarkan kerajaan," katanya ketika ditemui semasa meninjau pasar awam berkenaan di sini hari ini.

Beliau ditanya mengenai kekecohan yang timbul pada Selasa lepas yang menyaksikan segelintir penjaja harian tidak mahu berganjak apabila diarahkan berhenti berniaga dan beredar oleh anggota penguatkuasa majlis. Rakaman video kejadian itu ditularkan di laman dan aplikasi sosial di sini.

"Kami tidak akan teragak-agak meminta bantuan polis untuk mengambil tindakan ke atas mereka yang ingkar," katanya sambil menambah langkah itu perlu untuk memastikan rantaian wabak COVID-19 dapat dihentikan.

-- BERNAMA

 

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Lain-lain

Laman Korporat
Hubungi Kami
Sebutharga / Tender

Ikut Kami

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan