Selasa, 07 April 2020
SABAH & SARAWAK
26/03/2020 08:17 PM

KUCHING, 26 Mac  -- Semua kilang di Sarawak yang dibenarkan meneruskan operasinya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) perlu mengemukakan senarai pekerja mereka kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, berkata senarai tersebut akan membantu jawatankuasa itu memantau semua kilang serta mengetahui latar belakang pekerja berkenaan.

 “Kami ingin tahu siapa pekerja mereka…asal mereka dan tempat tinggal mereka,”  katanya melakukan lawatan pemantauan di kilang LONGi di Zon Perindustrian Bebas (ZIB) Sama Jaya, di sini, hari ini.

Beliau berkata semua kilang tersebut dibenarkan beroperasi dengan tenaga kerja minimum dan mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan di bawah PKP.

 “Polis dan anggota tentera akan berada di sekitar kawasan untuk mengawasi pergerakan warga kerja kilang terbabit,” katanya, sambil menambah terdapat 15 buah kilang dibenarkan beroperasi di ZIB Sama Jaya.

PKP berkuatkuasa 18 Mac hingga 14 April bagi mengekang penularan wabak COVID-19

-- BERNAMA

 

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Lain-lain

Laman Korporat
Hubungi Kami
Sebutharga / Tender

Ikut Kami

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan