Selasa, 07 April 2020
SABAH & SARAWAK
26/03/2020 06:16 PM

KUCHING, 26 Mac -- Keseluruhan trend jangkitan COVID-19 di Sarawak menyaksikan penurunan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), menurut Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata berdasarkan jumlah kes positif yang dilaporkan, ia telah menurun dari lapan kes pada 22 Mac berbanding 4 kes sehingga hari ini.

“Sekiranya kita mematuhi sepenuhnya PKP, kemungkinan besar kita boleh membendung COVID-19 memandangkan kita dipisahkan dari Semenanjung oleh Laut China Selatan yang memberi kita kelebihan untuk menghentikan rantaian jangkitan ini,” katanya pada sidang media di Wisma Bapa Malaysia di sini.

Selain menggesa penduduk di negeri ini untuk meneruskan kerjasama dengan mematuhi PKP, yang telah dilanjutkan sehingga 14 April, beliau berkata kawalan dan pemantauan sempadan akan diketatkan untuk mengelakkan sebarang kes COVID-19 yang diimport.

“Kami akan memantau dengan teliti kesan wabak COVID-19 ke atas rakyat biasa dan kami juga akan memantau pelaksanaan pelbagai inisiatif ekonomi (di bawah Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang),” katanya.

Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang diumumkan oleh Abang Johari pada Isnin lepas  yang menyaksikan RM1.15 bilion diperuntukkan untuk mengurangkan impak kelembapan ekonomi dan mengurangkan beban rakyat akibat pandemik COVID-19.

-- BERNAMA

 

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Lain-lain

Laman Korporat
Hubungi Kami
Sebutharga / Tender

Ikut Kami

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan