Selasa, 07 April 2020
SABAH & SARAWAK
26/03/2020 05:32 PM

KUCHING, 26 Mac  -- Seramai 28 individu ditahan kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh Sarawak setakat hari ini, kata Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Dev Kumar M.M Sree.

Beliau berkata tangkapan itu dibuat di beberapa kawasan di Sarawak, bermula semalam melibatkan 24 lelaki dan empat wanita.

“Seramai 26 orang telah ditangkap kerana tidak dapat memberi alasan yang sah untuk berada di jalan raya atau tempat awam manakala dua lagi ditangkap di Batu Niah, Miri kerana merempuh sekatan jalan raya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Dev Kumar berkata seramai 26 daripada 28 individu itu telah dibebaskan dengan jaminan polis setelah keterangan mereka diambil manakala dua lagi yang merempuh sekatan jalan raya telah ditahan dalam lokap polis untuk siasatan lanjut.

“Amaran sekali lagi diberikan kepada orang ramai untuk mematuhi PKP yang berkuat kuasa sehingga 14 April. Polis tidak akan teragak-agak untuk menangkap sesiapa yang tidak dapat memberi alasan yang sah ketika ditahan di sekatan jalan raya atau semasa pemeriksaan mengejut,” katanya.

Di ALOR SETAR, 11 lelaki berumur 21 hingga 37 tahun ditahan di depan sebuah rumah kerana terlibat dalam pergaduhan serta ingkar PKP di Taman Selasih di Kulim, malam tadi, kata Ketua Polis Daerah Kulim Supt Mohd Yusuf Shaari.

-- BERNAMA

 

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Lain-lain

Laman Korporat
Hubungi Kami
Sebutharga / Tender

Ikut Kami

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan