Selasa, 07 April 2020
TIMUR
26/03/2020 03:43 PM

KUALA TERENGGANU, 26 Mac -- Bagi memudahkan orang ramai mendapatkan bekalan ikan segar sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Terengganu menyediakan perkhidmatan Jualan Ikan Segar Beku (Q’Fish) & Makanan Laut dengan menghantarnya ke rumah pelanggan secara percuma.

Timbalan Pengarah LKIM Terengganu, Khuzaimah Husain berkata buat permulaan, perkhidmatan itu disediakan untuk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Jerteh dan Kota Putera di daerah Besut sahaja.

"Ia digerakkan oleh Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Besut sepanjang tempoh PKP. Orang ramai boleh menghubungi talian 013-9334696 untuk tempahan dan penghantaran akan dimulakan pada 10 pagi keesokannya," katanya kepada Bernama hari ini.

Sehingga kini, terdapat 20 tan stok Q’Fish dan makanan laut lain seperti lala, siput pahat, isi kerang dan udang di Besut.

Harga yang ditawarkan untuk satu kilogram (kg) ikan selayang (sardin) ialah RM7, kembung (RM10), cencaru (RM5), telur sotong (RM27), telur ikan (RM12), lala (RM8), siput pahat (RM11), isi kerang (RM25), kerang batu (RM10) dan udang (RM14 ke RM15) sepeket.

Khuzaimah berkata pihaknya juga sedang bekerjasama dengan PNK lain di semua daerah di Terengganu agar lebih ramai pelanggan dapat menikmati kemudahan itu.

-- BERNAMA

 

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Lain-lain

Laman Korporat
Hubungi Kami
Sebutharga / Tender

Ikut Kami

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan