Selasa, 07 April 2020
TIMUR
26/03/2020 11:34 AM

KUALA TERENGGANU, 26 Mac  -- Kerajaan negeri akan menyalurkan peruntukan tambahan RM9.6 juta untuk diagihkan ke 32 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), bagi meringankan beban rakyat yang terkesan ekoran penularan jangkitan COVID-19, di bawah Pakej Rangsangan Terengganu Cakna Fasa Empat.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, insentif RM300,000 kepada setiap DUN itu, akan diberikan kepada peniaga-peniaga kecil, buruh, peneroka, pemandu teksi dan pengusaha beca, yang akan dikenal pasti oleh Pusat Khidmat Masyarakat DUN, dengan kerjasama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

"Langkah ini bertepatan dengan pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 14 April ini.

"Kerajaan negeri merasakan untuk jangka panjang, rakyat wajar diberi perhatian sepenuhnya, terutama yang berpendapatan harian dan tidak tetap," katanya dalam kenyataan di laman sosial Facebook miliknya hari ini.

Kerajaan negeri melalui Pakej Rangsangan Terengganu Cakna Fasa Satu dan Tiga sebelum ini, telah mengagihkan peruntukan sebanyak RM1.6 juta kepada golongan terjejas COVID-19, yang diberi dalam bentuk barangan keperluan harian.

Fasa Kedua di bawah pakej rangsangan ini pula, melibatkan pengecualian dan penangguhan pelbagai jenis bayaran, seperti bayaran pinjaman pelajaran serta sewa bagi semua premis perniagaan dan rumah kos rendah, di bawah seliaan kerajaan negeri.

Dalam pada itu Ahmad Samsuri turut mengingatkan rakyat, untuk terus mematuhi arahan yang dikeluarkan kerajaan dan pihak berkuasa, bagi memastikan penularan COVID-19 dapat dibendung sepenuhnya.

"Pada waktu genting ini, kita perlu memberi kerjasama dan patuh sepenuhnya, kepada arahan pihak berkuasa. Terus tingkatkan munajat agar segala urusan dipermudahkan oleh Allah S.W.T," katanya.

-- BERNAMA

 

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Lain-lain

Laman Korporat
Hubungi Kami
Sebutharga / Tender

Ikut Kami

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan