Selasa, 07 April 2020
SABAH & SARAWAK
25/03/2020 10:23 PM

KOTA KINABALU, 25 Mac -- Sebuah badan kebajikan Yayasan Osimal hari ini tampil membantu Jabatan Kesihatan Sabah yang kini berdepan kekurangan reagen atau bahan uji bagi COVID-19.

Menurut satu kenyataan di sini malam ini, yayasan itu berkata ia berupaya memperoleh bekalah reagen yang amat terhad dan telah diserahkan kepadda jabatan kesihatan negeri bagi membolehkan ujian COVID-19 diteruskan.

"Ini (pemerolehan reagen terbabit) adalah sebagai respons kepada pendedahan yang dibuat oleh Pengarah Kesihatan Sabah Datuk Dr Christina Rundi semalam bahawa Makmal Kesihatan Kota Kinabalu tidak lagi boleh menjalankan ujian susulan kekurangan reagen COVID-19.

"Reagen itu telah diserahkan kepada Jabatan Kesihatan Sabah petang ini. Yayasan Osimal kini cuba mendapatkan lebih banyak bekalan reagen daripada pembekal di luar negara," menurut kenyataan itu.

Yayasan itu juga menjangkakan memperoleh bekalan peralatan perlindungan peribadi (PPE) sebanyak 1,000 unit untuk diberikan kepada petugas barisan hadapan menjelang Sabtu ini (28 Mac) dan kumpula kedua bekalan yang terdiri daripada 2,000 unit penutup hidung dan mulut KN.95, sejumlah 5,000 unit penutup hidung dan mulut N.95 dan 2,000 unit pakaian perlindungan perubatan. 

"Yayasan Osimal juga sedang berunding secara terus tanpa melalui orang tengah atau perusahaan berasaskan keuntungan, dengan sebuah kilang di China bagi membekalkan lebih banyak PPE dan penutup hidung dan mulut N.95 serta merancang membeli alat bantuan pernafasan untuk hospital-hospital di Sabah.

"Dana yang digunakan untuk membeli kesemua bekalan perubatan ini disumbangkan oleh sahabat-sahabat (Yayasan Osimal) termasuk perbadanan mereka.

“Jika mana-mana organisasi atau kerajaan negeri yang bersetuju menangguh sebahagian daripada jumlah kos, ia amat dialu-alukan," menurut kenyataan itu.

Syarikat terkenal yang bermurah hati menghulurkan sumbangan kepada Yayasan Osimal dalam usaha memerangi penularan wabak COVID-19 ialah Sabah Energy Corporation Sdn Bhd dan Berjaya Land Bhd.

-- BERNAMA

 

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Lain-lain

Laman Korporat
Hubungi Kami
Sebutharga / Tender

Ikut Kami

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan