SUKAN > BERITA

Sivasangari Mara Ke Suku Akhir Terbuka Windy City

07/02/2026 09:05 AM

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Pemain skuasy wanita negara, S. Sivasangari mara ke suku akhir Terbuka Windy City 2026 selepas mencatat kemenangan meyakinkan di pusingan 16 terbaik di Chicago, Amerika Syarikat (AS) semalam. 

Pemain pilihan keenam itu mempamerkan aksi tenang untuk menewaskan wakil Mesir, Kenzy Ayman 3-1, dengan keputusan 11-5, 11-4, 10-12, 11-6, dalam masa 36 minit.

Sivasangari akan berdepan pilihan ketiga Nour Elsherbini juga dari Mesir di suku akhir yang dijadual berlangsung esok. 

Sementara itu, dua wakil Malaysia bakal beraksi di pusingan 16 terbaik hari ini (waktu AS).

Dalam saingan wanita, Aira Azman dijadual bertemu wakil Amerika Syairkat, Olivia Weaver manakala bagi acara lelaki, Ng Eain Yow akan berdepan pemain New Zealand, Paul Coll.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan