KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Beregu campuran utama negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei terselamat daripada dikejutkan pasangan bukan pilihan dari China Zhu Yi Jun-Li Qian pada pusingan pertama Masters Indonesia 2026 di Jakarta hari ini.
Dalam aksi pembukaan kejohanan bertaraf Super 500 di Istora Senayan, beregu nombor empat dunia itu terpaksa bermandi peluh sebelum menewaskan pasangan China itu 21-19, 20-22, 21-10 dalam pertarungan sengit hampir sejam untuk mengesahkan slot ke pusingan kedua.
Juara dunia itu dijangka berdepan sama ada pasangan Thailand, Pakkapon Teeraratsakul-Sapsiree Taerattanachai, atau wakil Indonesia, Amri Syahnawi-Nita Violina Marwah pada pusingan seterusnya.
Sementara itu, pasangan profesional negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie tewas mengejut 21-18, 18-21, 20-22 kepada beregu campuran bukan pilihan yang juga wakil tuan rumah Adnan Maulana-Indah Cahya Sari Jamil.
Selepas kandas pada pusingan pertama Terbuka Malaysia 2026 dan Terbuka India 2026, pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia akhirnya meraih kemenangan selepas menundukkan pemain India H S Prannoy 21-19, 21-11 dalam aksi selama 35 minit.
Zii Jia bakal menentang Panitchaphon Teeraratsakul dari Thailand di pusingan kedua, yang menewaskan pemain Taiwan, Lee Chia Hao 21-10, 21-18.
Keputusan lain
--------------------
(Nota: Pemain Malaysia kecuali dinyatakan)
Perseorangan lelaki:
Wang Zheng Xing (CHN) mn Justin Hoh 21-15, 21-11
Perseorangan wanita:
K. Letshanaa mn Wen Chi Hsu (TPE) 9-21, 21-12, 22-20
Pitchamon Opatniputh (THA) mn Wong Ling Ching 20-22, 21-13, 21-12
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial