SUKAN > BERITA

Jun Hao, Justin Tersingkir Awal Pada Terbuka India

14/01/2026 05:28 PM

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Cabaran Malaysia dalam acara perseorangan lelaki pada Terbuka India 2026 berakhir selepas Leong Jun Hao dan Justin Hoh tersingkir pada pusingan pertama, di Kompleks Sukan Indira Gandhi, New Delhi, hari ini.

Jun Hao terpaksa menarik diri ketika menentang pemain Jepun, Yushi Tanaka selepas ketinggalan 5-21 pada set pertama dan 3-8 pada set kedua.

Punca pemain itu menarik diri tidak didedahkan dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hanya memaklumkan Jun Hao terpaksa menarik diri pada set kedua.

Ia sekali gus membolehkan Tanaka mara ke pusingan kedua untuk bertemu sama ada pemain Singapura Jason Teh atau wakil Indonesia Jonatan Christie.

Dalam satu lagi perlawanan, Justin Hoh tewas 17-21, 15-21 kepada pemain China, Lu Guang Zu dalam pertemuan pertama mereka.

Sementara itu, dalam acara beregu campuran, pasukan Malaysia dikecewakan apabila pasangan pilihan keempat, Chen Tang Jie–Toh Ee Wei, kecundang di tangan gandingan China, Cheng Xing–Zhang Chi, 16-21, 19-21 dalam perlawanan yang berlangsung 40 minit.

Kekalahan itu menyaksikan rekod pertemuan antara kedua-dua pasangan terikat 1-1 selepas Tang Jie–Ee Wei sebelum ini menewaskan pasangan ranking ke-16 dunia itu pada Terbuka Korea 2024.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan