KOTA BHARU, 7 Jan (Bernama) -- Skuad Sepak Takraw Kelantan menjadikan Kejohanan Sepak Takraw Piala TYT Pulau Pinang 2026 sebagai medan persiapan awal menjelang saingan Liga Sepak Takraw (STL) musim ini.
Penolong Pengurus Pasukan Sepak Takraw Kelantan Norhisyam Mokhtar berkata pasukan itu diperkuatkan dengan tiga pemain kebangsaan iaitu Hairul Hazizi, Khairul Zaman dan Norfaizzul Abdul Razak bagi meningkatkan tahap kesiapsiagaan pasukan dalam kejohanan yang berlangsung bermula esok hingga 11 Jun ini.
Beliau berkata selain kehadiran pemain kebangsaan, pasukan turut dibarisi lima pemain lain bagi memastikan keserasian serta kestabilan permainan sepanjang kejohanan.
“Persiapan pasukan kini berada pada tahap 90 peratus di bawah kendalian ketua jurulatih berpengalaman dan bekas pemain kebangsaan Saufi Salleh,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Norhisyam berkata kejohanan itu memberi peluang kepada pasukan untuk menguji kombinasi pemain serta taktikal permainan sebelum mengharungi saingan STL.
“Setiap perlawanan dalam kejohanan ini penting bagi menilai prestasi pemain serta memperkemas kelemahan yang ada,” katanya.
Beliau berkata Kelantan menyasarkan kemaraan ke perlawanan akhir sebagai petunjuk positif tahap persiapan pasukan menjelang STL musim ini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial