KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Tiga wakil Malaysia, Rachel Arnold, Aifa Azman dan Aira Azman berjaya mara ke pusingan kedua Kejohanan Skuasy Terbuka China selepas menewaskan lawan masing-masing hari ini.
Pada aksi yang berlangsung di Shanghai, Rachel mara selepas menundukkan wakil Hong Kong Tong Tsz Wing 7-11, 11-7, 11-6, 12-10 dan akan bertemu Nele Gilis dari Belgium yang mendapat bye di pusingan pertama.
Bagi Aira pula, beliau mengesahkan tempat di pusingan kedua selepas menewaskan rakan senegara Ainaa Amani Ampandi 11-6, 13-11, 11-7 sekali gus menempah pertemuan menentang Amina Orfi dari Mesir bagi mencari slot ke suku akhir.
Sementara itu kakak kepada Aira, Aifa juga tidak berdepan masalah menumpaskan wakil Ireland, Hannah Craig 11-9,11-2,11-7 dan dijadual bertemu pilihan ketujuh dari Mesir Salma Hany di pusingan kedua.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial