KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dijangka kembali beraksi di Terbuka Australia pada 18 hingga 23 Nov ini, kata ketua jurulatih kebangsaan Nova Widianto.
Beliau berkata sebelum ini, gandingan negara itu terpaksa menarik diri daripada beberapa kejohanan susulan kecederaan bahu yang dialami Tang Jie, dan perkara itu disarankan oleh pasukan perubatan bagi mengelakkan kecederaan serius.
“Saya rasa pada Terbuka Australia, semua sudah okey. Mudah-mudahan dari latihan, jangan ada yang sakit lagi,” katanya kepada Bernama selepas sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) hari ini.
Menurut Nova, buat masa ini Tang Jie dalam proses penyesuaian dan mencari kembali pukulannya selepas berehat seketika susulan kecederaan itu.
Sebelum ini, beregu campuran negara itu mengakui tidak berada pada tahap terbaik ketika tewas di suku akhir kpeada pasangan Hong Kong Tang Chun Man-Tse Ying Suet 9-21, 18-21 di Terbuka Perancis 2025.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial