SUKAN > BERITA

SIVASANGARI, EAIN YOW MARA PUSINGAN KEDUA KEJOHANAN SKUASY DUNIA

10/05/2024 09:49 PM

KUALA LUMPUR, 10 Mei (Bernama) -- Pemain skuasy wanita negara S. Sivasangsari menepati ramalan apabila mudah melangkah ke pusingan kedua Kejohanan Skuasy Dunia 2024 di Kaherah, Mesir hari ini.

Berbekalkan momentum muncul juara Kejohanan Skuasy Klasik London bulan lepas, atlet kelahiran Kedah itu tidak berdepan masalah untuk mara selepas mengetepikan wakil Latvia Ineta Hopton 11-6,11-8,11-8.

Menanti Sivasangari di pusingan kedua antara wakil Kanada Nicole Bunyan dan wakil Amerika Syarikat Caroline Fouts, yang akan bertemu dalam satu lagi aksi pusingan pertama hari ini.

Seorang lagi wakil wanita negara Noor Ainaa Amani Ampandi pula terkandas selepas tunduk kepada Marie Stephan dari Perancis 12-10,7-11,10-12,7-11.

Bagi kategori lelaki, Ng Eain Yow turut melangkah ke pusingan kedua selepas menundukkan wakil Perancis Baptiste Masotti 11-9,11-8,11-5, sekali gus menempah pertemuan dengan wakil Jepun Ryunosuke Tsukue di pusingan kedua.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan