BERITA PRU15   Gerakan minta ahlinya fokus PRN tahun depan - Dominic Lau | PH Pahang sokong untuk bersama BN bentuk kerajaan negeri | PRU15: Kemenangan di Padang Serai hadiah terbaik untuk PM - Calon PH | PRU15: Kemenangan di Padang Serai akan beri semangat baharu kepada BN - Sivaraj | Ahli Parlimen Bebas dari Kudat sokong kerajaan perpaduan | 
SUKAN

Piala Dunia: Pemain boling wanita bawa pulang gangsa

23/11/2022 07:24 PM

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Skuad boling negara terpaksa menunggu sehingga hari terakhir Piala Dunia Persekutuan Boling Antarabangsa (IBF) 2022 di Queensland, Australia untuk meraih pingat gangsa pada acara berpasukan  wanita, hari ini. 

Kuartet Malaysia terdiri daripada pemain veteran  Esther Chiah diikuti Sin Li Jane, Natasha Roslan dan Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman berjaya mengharungi lima perlawanan untuk mengatasi  Jordan Richard, Bryanna Cote, Danielle McEwan dan Stefanie Johnson dari Amerika Syarikat (AS), 3-2.

Malaysia mendahului apabila memenangi perlawanan pertama dengan 226-204 jatuhan pin dan terus mendahului 2-0 dengan kemenangan 219-182 pada perlawanan kedua.

Pasukan Amerika bangkit dan menguasai dua perlawanan seterusnya dengan  226-192 dan 248-220.

Bagaimanapun, pemain Malaysia tidak mengaku kalah dan terus berjuang untuk memenangi perlawanan terakhir selepas mengatasi pasukan lawan dengan 235 jatuhan pin berbanding 228 jatuhan pin.

Terdahulu, skuad negara gagal melangkah ke final selepas tewas 1-3  (190-237, 214-190, 207-240, 204-228) kepada  Sweden.

Semalam, pemain lelaki negara, Timmy Tan terlepas pingat gangsa selepas tewas kepada wakil AS, Kris Prather 279-288, 206-215 dalam acara perseorangan lelaki.

-- BERNAMA


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan