BERITA PRU15   Gerakan minta ahlinya fokus PRN tahun depan - Dominic Lau | PH Pahang sokong untuk bersama BN bentuk kerajaan negeri | PRU15: Kemenangan di Padang Serai hadiah terbaik untuk PM - Calon PH | PRU15: Kemenangan di Padang Serai akan beri semangat baharu kepada BN - Sivaraj | Ahli Parlimen Bebas dari Kudat sokong kerajaan perpaduan | 
SUKAN

Timmy wakil tunggal Malaysia ke separuh akhir boling Piala Dunia

22/11/2022 03:52 PM

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Atlet boling lelaki negara Timmy Tan merupakan satu-satunya wakil Malaysia ke separuh akhir acara individu Kejohanan Boling Piala Dunia IBF 2022 di Australia, hari ini.

Pada pertembungan suku akhir di Suncity Bowl di Queensland itu, Timmy menafikan kebangkitan bekas juara dunia 2018 yang juga rakan senegara, Muhammad Rafiq Ismail dengan mencatatkan keputusan 2-1. 

Timmy mendahului apabila melakukan 223 jatuhan pin berbanding Muhammad Rafiq, 196 pin, pada pusingan pertama.

Namun, Muhammad Rafiq kemudian bangkit menyamakan kedudukan dengan memenangi perlawanan kedua berbekalkan 226 jatuhan pin berbanding Timmy, 187 pin.

Timmy, selaku juara Sukan SEA 2019, Filipina serta Kejohanan Boling Asia 2019, Kuwait, membuktikan beliau berada di kelas tersendiri selepas melakukan 216 jatuhan pin meninggalkan Muhammad Rafiq dengan 197 pin, sekali gus mara ke saingan separuh akhir.

Keputusan itu menyaksikan Timmy dijadual bertemu pemain Jerman, Paul Purps di separuh akhir.

Purps mengejutkan seorang lagi wakil negara yang juga juara Piala Dunia 2012, Mohd Syafiq Ridhwan Abdul Malek, yang tewas dengan keputusan 0-2 (185-217, 193-234). 

Bagi acara individu wanita, wakil negara Natasha Roslan gagal melangkah ke separuh akhir selepas tewas di tangan Birgit Noreiks dari Jerman 0-2 (185-217, 193-234).

-- BERNAMA

 

 

 

 

 


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan