BERITA PRU15   Gerakan minta ahlinya fokus PRN tahun depan - Dominic Lau | PH Pahang sokong untuk bersama BN bentuk kerajaan negeri | PRU15: Kemenangan di Padang Serai hadiah terbaik untuk PM - Calon PH | PRU15: Kemenangan di Padang Serai akan beri semangat baharu kepada BN - Sivaraj | Ahli Parlimen Bebas dari Kudat sokong kerajaan perpaduan | 
SUKAN

Boling Piala Dunia 2022: Empat wakil lelaki mara ke pusingan 16 terbaik

20/11/2022 05:17 PM

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Skuad boling negara mencipta sensasi selepas empat wakil lelaki mara ke pusingan 16 terbaik acara individu Kejohanan Boling Piala Dunia IBF 2022 di Australia pada Ahad (20 Nov).

Pada kejohanan berlangsung di Queensland, Tun Hakim Tun Hasnul Azam, Timmy Tan, Muhammad Rafiq Ismail dan Mohd Syafiq Ridhwan Abdul Malek, masing-masing menewaskan pencabar mereka sekali gus mencerahkan peluang mara ke peringkat kedua.

Tun Hakim terlebih dahulu mencipta kemenangan apabila menundukkan lawannya Mahmood Ahmed Al-Attar dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan keputusan 2-1.

Timmy kemudian tidak berdepan masalah mengikut jejak langkah tersebut apabila mencatatkan keputusan 2-0 ke atas Jaroslav Lorenc dari Republik Czech.

Kemaraan itu kemudian diteruskan bekas juara dunia 2018, Muhammad Rafiq yang menewaskan Israel Hernandez dari Puerto Rico 2-0.

Juara Piala Dunia 2012, Mohd Syafiq Ridhwan bagaimanapun diberikan tentangan sengit, tewas di perlawanan pertama sebelum bangkit mencatatkan kemenangan pada perlawanan kedua dan ketiga ke atas Jordan Dinham dari Filipina, untuk mara ke peringkat seterusnya.

-- BERNAMA


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan