BERITA PRU15   Gerakan minta ahlinya fokus PRN tahun depan - Dominic Lau | PH Pahang sokong untuk bersama BN bentuk kerajaan negeri | PRU15: Kemenangan di Padang Serai hadiah terbaik untuk PM - Calon PH | PRU15: Kemenangan di Padang Serai akan beri semangat baharu kepada BN - Sivaraj | Ahli Parlimen Bebas dari Kudat sokong kerajaan perpaduan | 
SUKAN

Pelari pecut Azeem pilih Universiti Auburn

18/11/2022 12:28 PM

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Pelari pecut sensasi negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi akhirnya membuat keputusan terhadap laluannya dalam mencapai cita-cita untuk menjadi individu yang berjaya baik di dalam mahupun di luar trek.

Setelah berbulan-bulan spekulasi mengenai masa depan atlet berusia 18 tahun itu, Muhammad Azeem memilih Universiti Auburn, Alabama di Amerika Syarikat.

“Malaysia to Auburn. Welcome home, Azeem Fahmi (Malaysia ke Auburn. Selamat datang, Azeem Fahmi),” umum Auburn Track and Field dalam platform media sosialnya awal hari ini.

Muhammed Azeem dilaporkan menerima lebih 10 tawaran untuk melanjutkan pelajarannya di universiti luar negara, terutama selepas pencapaiannya menduduki tempat kelima dalam acara 100 meter (m) semasa Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 Tahun di Cali, Colombia pada Ogos lepas.

Pelari kelahiran Perak itu sebelum ini memecahkan rekod kebangsaan 100m dengan catatan 10.09 saat (s) (dalam saringan) di Cali, memadam rekod lama 10.18 s yang dilakar bekas jaguh pecut Asia Tenggara Khairul Hafiz Jantan.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Rapat di Ipoh itu, meraih keputusan 6A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

-- BERNAMA


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan