BERITA COVID–19   Penyelidik Taiwan temui kaedah rawat pembekuan darah pesakit COVID-19 | Pemilik premis dibenar tentukan pemakaian pelitup muka | Kementerian Kesihatan pertimbang beli vaksin COVID-19 lawan varian Omicron - Khairy | Kes baharu COVID-19 turun 16.9 peratus minggu lepas - Dr Noor Hisham | Jepun akan mudahkan¬†prosedur kuarantin COVID-19 di lapangan terbang | 
SUKAN

LTdL kekal status ProSeries

22/09/2022 01:05 PM

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Perlumbaan jelajah berbasikal tertua Asia Le Tour de Langkawi (LTdL) kekal berstatus ProSeries dalam kalendar perlumbaan 2023 hingga 2025.

Ahli Jawatankuasa Pengurusan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) Datuk Amarjit Singh Gill berkata ia adalah keputusan sebulat suara oleh ahli lembaga dalam mesyuarat membincangkan permohonan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) untuk mengekalkan status LTdL sebagai ProSeries.

“Pada mesyuarat berkenaan, saya tekankan bahawa Le Tour de Langkawi satu daripada jelajah paling lama di Asia dan memainkan peranan penting dalam pembangunan sukan berbasikal di rantau ini dan dunia.

“Justeru, ia adalah penting untuk mengekalkan status ProSeries,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Amarjit berkata keputusan mesyuarat yang diadakan di Wollongong, Australia pada Isnin hingga semalam, sudah pastinya menjadi khabar gembira buat kerajaan Malaysia, PKBM dan peminat sukan berbasikal negara.

PKBM telah memfailkan permohonan pada Julai untuk penilaian oleh UCI berhubung status ProSeries perlumbaan terbabit.

Status ProSeries diperkenalkan pada 2020 dan LTdL diberikan pengiktirafan untuk tempoh tiga tahun bermula 2020 hingga 2022.

Perlumbaan dinilai semula pada tahun ketiga untuk pentauliahan semula bagi tempoh tiga tahun berikutnya selepas penilaian pelbagai perimeter perlumbaan.

LTdL 2022 dijadual pada 11 hingga 18 Okt, dengan enam pasukan Jelajah Dunia telah mengesahkan penyertaan iaitu UAE Team Emirates, Lotto Soudal, Movistar, Cofidis, EF Education-Easypost and Astana Qazaqstan Team.  

-- BERNAMA


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan