BERITA COVID–19   Kes COVID-19 meningkat, Itali perketat protokol kesihatan | Canberra hadapi gelombang baharu COVID-19 - Kementerian Kesihatan | Singapura lapor kematian pertama bawah umur 12 tahun akibat COVID-19 | Tiada SOP tambahan laksana ibadah korban tahun ini - MAIK | COVID: Kes baharu meningkat, kematian menurun minggu lalu - Noor Hisham | 
SUKAN

ASTAF tarik balik pelepasan penggantungan Wan Mohd Husni

23/06/2022 03:51 PM

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF) menarik balik pelepasan penggantungan ke atas Presiden Sepaktakraw Negeri Sembilan Wan Mohd Husni Abdullah bermula hari ini, susulan tindakan beliau memburukkan nama baik badan induk sukan itu.

Presiden ASTAF Datuk Abdul Halim Kader berkata langkah itu dibuat selepas Wan Mohd Husni membuat tohmahan terhadap dirinya dengan mendakwa beliau melakukan kerja berseorangan dan tidak mengikut peraturan.

Abdul Halim berkata tohmahan itu dilakukan ketika pertemuan antara wakil Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) termasuk wakil Konfederasi Sepaktakraw Malaysia diketuai presidennya Datuk Suhaili Abdul Rahman dan Pesuruhjaya Sukan Ibrahim Mohd Yusof pada 8 April lepas.

“Beliau juga membuat tohmahan bahawa tiada sebarang mesyuarat diadakan ketika mengambil tindakan menyingkirkan PSM daripada ahli gabungan ASTAF,” kata  Abdul Halim dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, Abdul Halim menolak dakwaan berkenaan selain mempunyai bukti kukuh bagi segala tuduhan dilemparkan oleh Pengerusi Kejurulatihan PSM itu terhadap ASTAF.

“ASTAF melihat tuduhan ini amat serius serta mengaibkan ASTAF,” katanya.

Jelasnya, hukuman ke atas Wan Mohd Husni dikenakan sehingga 8 Dis 2024 selaras dengan hukuman penggantungan hingga tamat tempoh lima tahun yang telah dijatuhkan ke atasnya pada 9 Dis 2019.

Terdahulu, Wan Mohd Husni telah dikenakan tindakan penggantungan oleh ASTAF atas kesalahan dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan pada Sukan SEA 2019 di Filipina.

Namun selepas menjalani penggantungan selama beberapa bulan, ASTAF telah mengurangkan tempoh tersebut hasil rayuan beliau yang telah dikemukakan kepada persatuan berkenaan pada Ogos tahun lepas.

-- BERNAMA

 

 


 


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan