BERITA COVID–19   Kes COVID-19 meningkat, Itali perketat protokol kesihatan | Canberra hadapi gelombang baharu COVID-19 - Kementerian Kesihatan | Singapura lapor kematian pertama bawah umur 12 tahun akibat COVID-19 | Tiada SOP tambahan laksana ibadah korban tahun ini - MAIK | COVID: Kes baharu meningkat, kematian menurun minggu lalu - Noor Hisham | 
SUKAN

Zii Jia lupakan Sukan Komanwel, fokus kejohanan dunia

22/06/2022 11:39 PM

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Peminat sukan tanah air terpaksa melupakan hasrat melihat jaguh perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia beraksi pada Sukan Komanwel 2022, selepas beliau sah menarik diri daripada temasya di Birmingham, England, yang dijadual pada 28 Julai hingga 8 Ogos.

Zii Jia berkata beliau memutuskan untuk tidak membuat penampilan pada Sukan Komanwel disebabkan jadual padat yang diharunginya sejak kebelakangan ini, di samping berhasrat memberi tumpuan sepenuhnya kepada Kejohanan Badminton Dunia di Tokyo, Jepun, dari 22 hingga 28 Ogos ini.

“Keputusan ini susah diambil.. sebab keadaan saya. Saya ambil bahagian dalam banyak kejohanan dalam tempoh singkat, saya rasa saya tidak cukup rehat dan terpaksa memilih antara Sukan Komanwel atau Kejohanan Dunia.

“Saya juga sudah maklumkan kepada anggota pasukan saya, dan kami memutuskan untuk memberi tumpuan kepada Kejohanan Dunia,” katanya dalam video yang dikongsi dengan pihak media hari ini.

Juara Kejohanan Badminton Asia 2022 itu turut berterima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan termasuk menterinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Majlis Sukan Negara serta Persatuan Badminton Malaysia dan presidennya, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria atas sokongan mereka yang mahu melihatnya beraksi di Birmingham sebelum ini.

Walaupun tidak beraksi di Birmingham, Zii Jia tetap memberi jaminan akan memberikan aksi terbaiknya pada dua kejohanan badminton di Malaysia iaitu Terbuka Malaysia dari 28 Jun hingga 3 Julai ini diikuti Masters Malaysia dari 5 hingga 10 Julai.

Pemain kelima terbaik dunia itu akan membuka tirai kempen Terbuka Malaysia menentang pemain Perancis, Toma Junior Popov manakala salah seorang pemain dari peringkat kelayakan menantinya pada pusingan pertama Masters Malaysia.

-- BERNAMA

 

 


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan