BERITA COVID–19   Hampir 13.2 juta kanak-kanak di AS dijangkiti COVID-19 | Filipina kesan jangkitan tempatan subvarian Omicron BA.2.12.1  | 30 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi COVID-19 | Kes baharu COVID-19 meningkat 119 peratus minggu lepas - KP Kesihatan | Singapura lapor 3 kes tempatan varian Omicron BA.4, BA.5 | 
SUKAN

Pasukan renang hilang perak selepas renangan dibatalkan

15/05/2022 02:58 AM

Daripada R. Vikneswaran

HANOI, 14 Mei (Bernama) -- Pasukan renang Malaysia hilang sebutir pingat perak bagi acara 4X100 meter (m) gaya bebas lelaki, selepas pasukan itu bersama pasukan Singapura, dibatalkan penyertaan akibat pelepasan palsu di Pusat Akuatik Palace di sini, malam ini.

Berdasarkan kepada keputusan awal ditunjukkan pada papan mata, Singapura yang dianggotai bekas juara Olimpik Joseph Schooling, Mikkel Lee, Quah Zheng Wen dan Jonathan Tan menamatkan perlumbaan terlebih dahulu dengan catatan masa 3 minit 17.19 saat.

Malaysia yang dibarisi Welson Sim, Lim Yin Chuen, Khiew Hoe Yean dan Arvin Shaun Singh Chahal, pula ditempat kedua dengan 3:20.13s, iaitu catatan lebih baik daripada rekod kebangsaan 3:21.06s yang dicatatkan di Sukan Asia 2018, diikuti Vietnam (3:21.81s).

Dengan pembatalan Singapura dan Malaysia menyaksikan Vietnam diberikan pingat emas, manakala Indonesia (3:24.090s) perak dan  Thailand (3:24.280s) menang gangsa.

Jurulatih kebangsaan Chris Martin berkata pemeriksaan beliau terhadap sistem masa Omega, salah seorang daripada perenang terjun ke kolam 0.12 saat lebih awal.

“Kami amat kecewa kerana ia satu renangan yang bagus, satu rekod kebangsaan baharu, tetapi inilah yang terjadi, kami terlebih semangat. Telah beritahu mereka, kehilangan pingat ini seharusnya menjadikan mereka lebih semangat dalam acara individu dan tunjukkan keupayaan kita,” katanya kepada media.

-- BERNAMA


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan