BERITA COVID–19   COVID-19: Lebih 22.9 juta dewasa lengkap divaksin | KKM tidak cadang lanjut vaksinasi PICKids | Kejayaan Malaysia masuk fasa peralihan ke endemik turut dibantu kempen COVID-19 RTM | “Tahniah rakyat Malaysia” - Khairy | COVID-19: Satu lagi kematian dilaporkan di Korea Utara | 
SUKAN

Berita ringkas Sukan SEA ke-31

14/05/2022 02:06 AM

HANOI, 13 Mei (Bernama) -- Berikut berita ringkas melibatkan atlet Malaysia di Sukan SEA Ke-31 di sini hari ini:

 

CATUR

Tiada pemain catur Malaysia berjaya mencatakan kemenangan hari ini, dengan pemain harapan untuk memenangi pingat emas Yeoh Li Tian, hanya seri dengan atlet Filipina Gomez John Paul di Quang Ninh sekaligus meletakkannya berkedudukan ketiga selepas lima pusingan.

Rakan sepasukan Lye Like Zang menduduki tempat ke-12 bersama beberapa peserta lain, selepas tewas 1-0 kepada atlet Myanmar Wynn Zaw Htuan.

Dalam acara wanita, Puteri Munajjah Az-Zahra Azhar seri dengan Gong Qianyun dari Singapura, manakala Tan Li Ting tewas 1-0 kepada Sukandar Irine Kharisma dari Indonesia.

 

 

SINAR PINGAT DI PADANG GOLF 

 

Pemain negara Jenneath Wong berpeluang untuk memenangi pingat acara individu wanita, selepas berkongsi tempat ketiga bersama pemain Singapura Hailey Loh Suanne, dengan catatan satu bawah par 71, pada pusingan pertama.

Mirabel Ting Ern Hui pula yang mencatatkan tujuh di atas par 79 menduduki tempat ke-14, manakala Ng Jing Xuen yang tidak bernasib baik, mencatatkan 12 atas 84 menduduki tempat ke-19 dalam kalangan 20 pemain di Heron Lake Golf Course and Resort di Vinh Phuc.

Acara individu lelaki pula memperlihatkan kesemua pemain Golf Malaysia berada dalam 20 pemain terbaik pada acara disertai 35 pemain itu.

Ervin Chang berada di tempat ke-11 dengan catatan satu atas 73, diikuti A. Nateeshvar terikat di tempat ke-13 (dua atas 74) dan K.Rhaasrikanesh dan Marcus Lim Pang Chuen berkongsi tempat ke-17 dengan tiga atas 75.

 

 

BOLA TAMPAR : TEWAS PERLAWANAN PERTAMA

 

Skuad bola tampar dalam dewan wanita memulakan pusingan robin mereka dengan kekalahan 0-3 kepada Filipina hari ini di Quang Ninh.

Selepas kekalahan 14-25, 20-25, 15-25 hari ini, pasukan wanita negara akan berhadapan pemenang pingat gangsa edisi lepas, Indonesia pada Ahad.

 

 

BOLA KERANJANG

 

Pasukan bola keranjang 3X3 lelaki  memulakan pusingan robin mereka dengan tewas kepada Thailand (14-21) dan Indonesia (19-20) sebelum mengalahkan Singapura 21-16.

Pasukan wanita pula mencatatkan kemenangan terhadap Kemboja (21-12) dan Singapura (21-5), namun tewas kepada  Vietnam (13-21) dan Thailand (18-21).

 

 

LANGKAH KIRI UNTUK PETONG

 

Langkah kiri untuk atlet petong apabila kedua-dua Nurul Azwan Ahmad Temizi dan Nurul Balqis Fuzian gagal melepasi pusingan penyingkiran menembak lelaki dan wanita di Pusat Latihan Sukan dan Pertandingan Hanoi.

Nurul Azwan hanya mencatatkan 26 mata dan menduduki tempat keenam bersama ramai peserta lain, manakala Nurul Balqis pula menduduki di tempat kelima dan tempat terakhir dengan 24 mata.

 

 

TENIS: PASUKAN LELAKI LAYAK KE SEPARUH AKHIR

 

Pasukan tenis lelaki layak ke separuh akhir selepas mengalahkan Kemboja 2-1 dalam perlawanan kalah mati, bagi melayakkan diri ke pusingan empat terakhir.

Bagaimanapun pasukan wanita tersingkir selepas dikalahkan Filipina, 2-0.

 

 

FREE FIRE : PASUKAN MALAYSIA PADA KEDUDUKAN KELIMA DAN KELAPAN

 

Arena e-Sukan memperlihatkan kedua-dua pasukan Malaysia dalam permainan Free Fire lelaki, gagal menempatkan diri mereka pada kedudukan podium, selepas tujuh pusingan pertama hari ini.

Pasukan 1 berkedudukan kelima dengan 55 mata, manakala Pasukan 2 berkedudukan kelapan dengan 42 mata. Pemenang pingat akan ditentukan dengan tujuh lagi pusingan pada Ahad.

-- BERNAMA


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan