BERITA COVID–19   COVID: 17 masjid, surau di Perak ditutup - JAIPk | COVID: Kes terus naik mendadak, Dr Noor Hisham rayu masyarakat amal kawalan pergerakan kendiri | PKPB: Lelaki ditahan anjur majlis pertunangan dihadiri 20 orang | Kes dijangka meningkat 450 sehari di Kedah jika PKPD tidak dilaksana | PKPD di satu mukim di Besut, dua kawasan di Sarawak bermula Khamis | 
SUKAN

COVID: Lapan lagi pemain badminton positif di ABM

23/04/2021 09:16 PM

KUALA LUMPUR, 23 APRIL -- Lapan pemain pelapis badminton kebangsaan didapati positif COVID-19 selepas ujian saringan dijalankan di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Selasa lepas.

Sebelum ini, enam pemain diuji positif virus COVID-19 minggu lepas.

Setiausaha Agung Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Kenny Goh berkata tindakan pantas telah diambil bagi mengekang penularan wabak berkenaan berdasarkan cadangan Kementerian Kesihatan dan Institut Sukan Negara.

Beliau berkata kesemua 14 pemain yang dijangkiti virus itu, telah dihantar ke pusat kuarantin, sementara selebihnya yang dikategorikan sebagai kontak rapat juga telah diasingkan.

“Kira-kira 91 individu terdiri daripada pemain, jurulatih dan kakitangan sokongan akan menjalani satu lagi sesi ujian saringan esok, dan kami berharap tiada lagi kes positif. Nasib baik, tidak ada pemain elit yang positif, buat masa ini.

“Namun, kami akan terus memantau gejala dan kesihatan pemain. Kami juga akan memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi setiap masa," kata Kenny ketika dihubungi, sambil menambah bahawa ABM telah beberapa kali disanitasi sejak seminggu lepas sebagai langkah berjaga-jaga,

Minggu lepas, BAM memaklumkan bahawa latihan berasaskan kuarantin akan diperkenalkan semula di pusat kecemerlangan badminton negara itu berikutan jangkitan virus tersebut manakala aktiviti persekolahan akan dijalankan secara dalam talian.

-- BERNAMA

 

 


 

© 2021 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan