BERITA COVID–19   Hampir dua bulan tanpa sidang media, KP Kesihatan kembali bentang perkembangan COVID-19 negara | Piala Sultan Azlan Shah 2021 batal susulan peningkatan kes COVID-19 | COVID: PKPD dilaksana di Kanowit dan Selangau, Sarawak | Op Rentas: 780 anggota polis Sarawak terlibat mulai Isnin | COVID: Kes baharu terus meningkat, catat 4,519 kes hari ini | 
SUKAN

Speedy Tigers bermula langkah kiri menentang Jepun

17/04/2021 11:42 PM

KUALA LUMPUR, 17 April -- Pasukan hoki lelaki negara memulakan siri perlawanan persahabatan tiga penjuru dengan langkah kiri apabila tunduk 0-3 kepada Jepun malam ini.

Aksi itu juga merupakan medan pertama Ketua Jurulatih A. Arul Selvaraj setelah mengambil alih daripada Roelant Oltmans, selepas jurulatih berpengalaman dari Belanda itu memutuskan untuk meninggalkan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) pada Ogos lepas.

Dalam perlawanan yang diadakan di bawah konsep gelembung sukan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, juara Sukan Asia itu memperoleh gol menerusi pukulan sudut penalti Hirotaka Zendana pada minit ke-19.

Pada babak kedua, pasukan pelawat yang beraksi pada perlawanan pertama mereka selepas 18 bulan, menyumbat dua gol padang melalui Kota Watanabe dan Ryosei Kato, masing-masing pada minit ke-50 dan ke-55.

Skuad negara yang juga dikenali sebagai Speedy Tigers, akan berdepan Great Britain pada Isnin ini diikuti dengan pertemuan semula dengan Jepun pada Selasa dan Great Britain pada Khamis di venue yang sama dalam siri persahabatan menentang pasukan yang layak beraksi di Sukan Olimpik Tokyo.

-- BERNAMA

© 2021 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan