BERITA COVID–19   COVID-19 wujudkan globalisasi maya, ketengah pelbagai peluang baharu - Pakar | Komuniti perniagaan perlu guna pakai strategi berpusat syarikat | COVID-19: Singapura lepasi 60,000 kes | 231 sekolah rendah di Sarawak dibenar beroperasi secara bersemuka mulai Isnin | TV Pendidikan diteruskan, sasar pelajar tertentu - Radzi | 
SUKAN

Terengganu FC II juara sulung Piala Bandaraya Shah Alam 2021

24/02/2021 12:33 AM

SHAH ALAM, 23 Feb  -- Terengganu FC ll muncul juara bagi edisi pertama Piala Bandaraya Shah Alam 2021 dengan kelebihan gol selepas ketiga-tiga pasukan yang bertanding terikat dari segi mata selepas tamat kejohanan.

Terengganu FC ll menjadi juara selepas mengumpul tiga gol dalam dua perlawanan, satu ketika seri menentang UiTM FC dan dua gol ketika seri bertemu Sri Pahang FC.

Sri Pahang FC menduduki tempat kedua selepas hanya menjaringkan dua gol ketika seri menentang Terengganu FC ll manakala UiTM FC di tempat ketiga.

Selaku juara, Terengganu FC ll membawa pulang piala pusingan dan pingat.

Pada perlawanan terakhir kejohanan berkenaan antara Sri Pahang FC dengan UiTM FC yang berlangsung di Stadium UiTM di sini hari ini, kedua-dua pasukan gagal mencari jaringan walaupun melakukan serangan ke kubu lawan masing-masing.

Peluang terbaik Sri Pahang FC muncul pada minit ke-39 bagaimanapun disia-siakan oleh Muhamad Baqiuddin yang menyepak bola tinggi melepasi palang gol.

Kedua-dua pasukan terus melakukan serangan ke kubu lawan masing-masing bagaimanapun tiada jaringan dapat dihasilkan sehingga tamat perlawanan.

-- BERNAMA

 

 

 


 

© 2021 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan