BERITA COVID–19   PKPD di Kampung Serumah, Padawan mulai esok - JPBN | 205 individu ditahan semalam ingkar SOP PKP - Ismail Sabri | COVID: 1,680 kes baharu, tujuh kematian direkodkan hari ini | MAIS salur wang fidyah RM545,500, bantu 5,455 keluarga terkesan COVID-19 | Aktiviti sukan, rekreasi individu dan berpasukan dibenarkan di kawasan PKPB, PKPP | 
SUKAN

KBS puas hati tahap pematuhan SOP di kemudahan sukan Selangor

23/02/2021 07:01 PM

SHAH ALAM, 23 Feb  -- Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berpuas hati dengan tahap pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditunjukkan oleh pemain industri sukan dan rekreasi di Selangor.

Timbalan Menterinya Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata sekiranya industri sukan dan rekreasi terus memperlihatkan kepatuhan yang tinggi pihaknya percaya Majlis Keselamatan Negara akan memberikan lebih kelonggaran kepada industri berkenaan.

"Hari ini saya melakukan tinjauan di Padang Latihan Pasukan Selangor FC, pusat gimnasium dan Kelab Golf Kota Permai di Kota Kemuning, keseluruhannya saya berpuas hati dengan tahap pematuhan SOP di tempat-tempat ini," katanya dalam sidang akhbar selepas melakukan lawatan berkenaan di sini hari ini.

Mengenai permohonan persatuan sukan agar pemain dan pegawai terlibat dalam Liga Malaysia bermula 5 Mac depan dan atlet yang akan menyertai kejohanan sukan antarabangsa diberi suntikan vaksin COVID-19 fasa pertama bermula Rabu ini, Wan Ahmad Fayhsal berkata pihaknya akan mempertimbangkan untuk berbincang dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengenai perkara itu.

"Pada masa ini, bagi atlet yang tidak menerima vaksin pada fasa pertama, pematuhan kepada SOP sudah mencukupi untuk mengelakkan diri mereka daripada dijangkiti COVID-19, bagaimanapun kita akan perjuangkan perkara ini mungkin untuk vaksin yang akan tiba pada fasa kedua kelak," katanya.

-- BERNAMA

© 2021 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan