Selasa, 26 Januari 2021
SUKAN
14/01/2021 09:39 PM

KUALA LUMPUR, 14 Jan  -- Pasangan beregu campuran persendirian negara Chan Peng Soon-Goh Liu Ying dan pasangan beregu lelaki negara Goh V Shem-Tan Wee Kiong meneruskan kecemerlangan mereka di Terbuka Thailand, selepas melangkah ke suku akhir, di Bangkok hari ini.

Mereka merupakan antara enam wakil kem badminton Malaysia yang berjaya memasuki peringkat suku akhir kejohanan tersebut.

Peng Soon-Liu Ying, pasangan nombor tujuh dunia dan pilihan ke lima kejohanan mengambil masa 40 minit (m) untuk mengalahkan pasangan Robin Tabeling-Salena Piek dari Belanda 21-18, 21-13, pada pusingan kedua di Impac Arena, Bangkok, menurut laman sesawang Persekutuan Badminton Dunia (BWF); www.bwfbadminton.com.

Pasangan yang memenangi pingat perak pada Sukan Olimpik Rio 2016 akan berhadapan dengan pasangan pilihan yang juga merupakan pasangan nombor tiga dunia Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai, selepas pasangan dari Thailand itu mengalahkan satu lagi pasangan negara Goh Sooh Huat-Shevon Jemie Lai, 20-22, 21-18, 21-12.

V Shem-Wee Kiong melangkah ke suku akhir selepas mengalah pasangan England Ben Lane-Sean Vendy 21-11, 21-19 dalam masa 39 minit dan akan bertemu rakan senegara Goh Sze Fei-Nur Izzudin yang mengalahkan Mathias Chirstiansen-Niclass Nohr dari Denmark, 21-19, 21-10.

Mengikuti langkah kemenangan mereka, satu lagi pasangan persendirian negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi selepas mengalahkan Chew Brothers Phillip-Ryan dari Amerika Syarikat, 21-12, 21-7 dalam masa 22m dan akan bertemu pemain pilihan keenam Lee Yang-Wang Chi Lin dari Taiwan.

Sementara itu pemain perseorangan nombor satu negara Lee Zii Jia diberikan kemenangan percuma ke suku akhir selepas Persatuan Badminton India (BAI), mengesahkan pemain mereka Kidambi Srikanth mengalami kekejangan otot.

Zii Jia pemain nombor 10 dunia akan bertemu pemenang kepada perlawanan pusingan kedua, antara Shesar Hiren Rhustavito dari Indonesia dan pemain nombor dua dunia Chou Tien Chen dari Taiwan.

Pasangan beregu wanita negara Pearly Tan-Thinaah Muralitharan melengkapkan kejayaan negara dengan kemenangan, 22-20, 21-14 ke atas pasangan Alexandra Boje-Mette Poulsen dari Denmark dan akan bertemu pasangan pilihan kelima Greysia Polii-Apriyani Rahayu dari Indonesia.

Sementara itu pemain persendirian perseorangan negara Liew Daren, tewas kepada Lee Cheuk Yiu dari Hongkong, 14-21, 17-21 selepas melakukan kejutan terhadap pemain nombor tiga dunia Anders Antonsen dari Denmark, pada perlawanan pusingan pertama semalam.

 

Keputusan lain pusingan kedua

---------------------------------------------

(Nota: pemain Malaysia kecuali dinyatakan dan [   ] menunjukkan kedudukan pilihan)

 

Beregu Campuran:

Thom Gicquel-Delphine Delrue (FRA) kln Tan Kian Meng-Lai Pei Jing  21-16, 21-15

 

Beregu Wanita:

[6] Chang Ye Na-Kim Hye Rin (KOR) kln Chow Mei Kuan-Lee Meng 20-22, 21-19, 11-21

[3] Lee So Hee-Shin Seung Chan (KOR) kln Vivian Hoo-Yap Cheng Wen 21-14, 21-14 

 

-- BERNAMA

 

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan