Selasa, 26 Januari 2021
SUKAN
14/01/2021 07:21 PM

JOHOR BAHRU, 14 Jan  -- Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menamakan semula Johor Cricket Academy & Oval di Mutiara Rini dekat sini kepada Dato’ Dr Harjit Singh Johor Cricket Academy & Oval.

Menurut hantaran dalam laman Facebook rasmi baginda dengan disertakan beberapa gambar, langkah itu sebagai menghargai jasa mendiang Dr Harjit sebagai tokoh yang banyak menyumbang dalam pembangunan sukan kriket di Malaysia dan Johor.

Sementara itu, Pemangku Presiden Majlis Kriket Johor Datuk Avinderjit Singh menyambut baik perkara berkenaan.

Beliau berkata Majlis Kriket Johor menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Sultan Ibrahim atas perkenan baginda mengabadikan nama mendiang Dr Harjit di akademi berkenaan.

“Beliau (Dr Harjit) adalah individu yang cukup berjasa kepada pembangunan sukan kriket dan kami semua akan sentiasa mengenang dan merinduinya,” kata Avinderjit.

Dr Harjit, 70, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada 20 Okt tahun lepas.

-- BERNAMA

 

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan