Selasa, 26 Januari 2021
SUKAN
14/01/2021 06:10 PM

KUALA LUMPUR, 14 Jan  -- Litar Antarabangsa Sepang (SIC) belum memuktamadkan kalendar perlumbaan sukan permotoran yang akan berlangsung di situ susulan penularan pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa negeri.

Ketua Pegawai Eksekutif SIC Azhan Shafriman Hanif berkata senarai kejohanan hanya akan diumum selepas PKP ditamatkan.

“Buat masa sekarang, semua aktiviti permotoran sepanjang tempoh pelaksanaan PKP ditangguhkan ke tarikh baharu,” katanya dalam sidang media secara maya di sini, hari ini. 

Isnin lepas, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan PKP di enam negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah untuk tempoh 14 hari bermula 13 hingga 26 Jan.

Ditanya sama ada SIC akan melangsungkan kejohanan dengan konsep gelembung sukan jika PKP ditamatkan, Azhan Shafriman berkata pihaknya tidak menolak penggunaan kaedah itu sekiranya dibenarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan.

Azhan Shafriman berkata bagi kejohanan antarabangsa, pihaknya mengambil pendekatan “tunggu dan lihat” perkembangan semasa COVID-19.

Semalam, Dorna Sports pemegang hak eksklusif iklan dan siaran televisyen MotoGP mengumumkan  ujian musim sejuk Kejuaraan Dunia MotoGP 2021 yang sepatutnya diadakan di SIC dari 19 hingga 21 Feb depan dibatalkan akibat pandemik COVID-19 di Malaysia.

-- BERNAMA

 

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan