Ahad, 25 Oktober 2020
SUKAN
17/10/2020 08:54 PM

KUALA LUMPUR, 17 Okt  -- Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengeluarkan garis panduan prosedur operasi standard (SOP), membabitkan fasiliti sukan komersial dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), yang dibenarkan beroperasi semula bermula Isnin ini.

KBS dalam kenyataan media menyatakan, fasiliti tersebut perlu mematuhi arahan termasuk tiada sentuhan badan dengan penjarakan fizikal satu hingga tiga meter bagi aktiviti statik, manakala tiga hingga lima meter bagi aktiviti dinamik.

Menurut kenyataan itu, aktiviti di padang bola sepak dan gelanggang futsal hanya untuk tujuan latihan sahaja dan terhad kepada maksimum 10 peserta pada satu-satu masa, dan setiap pengusaha perlu menjadualkan pelaksanaan latihan sekiranya terdapat ramai peserta, dengan mengehadkan jumlah tidak melebihi jumlah maksimum itu.

KBS memaklumkan bahawa pelaksaan operasi di gimnasium dan dewan badminton pula, perlu mengikut SOP yang telah ditetapkan sebelum ini khususnya mengenai larangan perkongsian peralatan, sanitasi peralatan yang kerap dan penjadualan slot untuk memastikan kawalan bilangan pengguna pada satu-satu masa.

Sementara permainan dan kejohanan yang melibatkan sentuhan badan masih dilarang buat masa ini.

“Bagi memastikan pematuhan terhadap SOP ini tidak diambil mudah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri akan sentiasa melaksanakan pemantauan dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu.

Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara hari ini memutuskan pemilik dan pengusaha fasiliti sukan komersial dalam kawasan PKPB iaitu padang bola sepak komersial, gimnasium dan gelanggang futsal, termasuk dewan badminton komersial, dibenar beroperasi semula mulai 19 Okt.

-- BERNAMA

 

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan