Selasa, 27 Oktober 2020
SUKAN
17/10/2020 03:18 PM

KUALA LUMPUR, 17 Okt -- Penyerang skuad kebangsaan Muhammad Safawi Rasid membuat penampilan sulung bersama skuad bawah-23 tahun (B-23) Portimonense SC dalam perlawanan menentang pasukan Sporting Lisbon di Portugal, awal pagi tadi.

Pasukan diwakili pemain berusia 23 tahun yang dipinjamkan oleh Johor Darul Takzim (JDT) itu bagaimanapun tewas 1-3 dalam perlawanan Liga Revelacao B-23 di Stadium Dois Irmaos.

Safawi yang dilaporkan beraksi cemerlang pada sesi latihan dimasukkan sebagai kesebelasan utama pasukan B-23 kelab Portugal itu oleh pengurus Paulo Sergio.

Dalam perlawanan tersebut, Portimonense SC mendahului pada minit ke-18 melalui gol yang dijaringkan pemain dari Brazil Romulo Machado sebelum pemain Sporting Lisbon Rafael Fernandes mengikat kedudukan pada minit ke-28.

Namun dua gol pantas Sporting Lisbon dalam tempoh tiga minit menerusi pemainnya Duarte Carvalho dan Nicolai Skoglund pada babak kedua memaksa Portimonense akur tewas 1-3.

Keputusan itu bagaimanapun tidak menjejaskan kedudukan kedua-dua pasukan dalam Liga Revelacao (zon selatan) dengan Sporting Lisbon kekal di tempat ketiga sementara Portimonense di tangga ketujuh selepas masing-masing mengharungi lima perlawanan.

-- BERNAMA

 

 

 


 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan