Selasa, 27 Oktober 2020
SUKAN
14/10/2020 06:14 PM

KUALA LUMPUR, 14 Okt -- Majlis Paralimpik Malaysia akan menilai pelaksanaan latihan dalam kuarantin untuk atlet paralimpik sewaktu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula hari ini sehingga 27 Okt di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya.

Presidennya Datuk Seri Megat D. Shahriman Zaharuddin berkata, cara tertutup dan terkawal itu akan menjadi langkah pertama kepada badan itu untuk meningkatkan lagi prosedur operasi standard (SOP) yang akan dilaksanakan di masa hadapan.

“Kita akan nilai SOP tersebut untuk enam bulan sehingga setahun, dan jika didapati perkembangan atlet tidak meningkat, kita mungkin perlu mengubah SOP berkenaan,” kata Megat kepada sidang media di sini hari ini.

Ini merupakan kali kedua MPM melaksanakan latihan secara dalam kuarantin untuk atlet paralimpik selepas  latihan berpusat ‘Road to Tokyo’ 2020 dari 1 hingga 30 jun.

Pelaksanaan latihan seperti itu kini digunakan di tiga venue iaitu, Kompleks Sukan Bukit Jalil, Akademi Badminton Malaysia Bukit Kiara dan Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kampung Pandan.

Semalam, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan program latihan berpusat untuk atlet yang dilaksanakan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Sukan Negeri, boleh diteruskan secara tertutup dan terkawal sewaktu waktu PKPB.

-- BERNAMA

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan