Sabtu, 04 Julai 2020
25/06/2020 08:53 PM

GEORGE TOWN, 25 Jun -- Pulau Pinang membenarkan fasiliti sukan seperti kolam renang dibuka hari ini, untuk atlet menjalani latihan sebagai persiapan menghadapi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) di Johor, tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri Soon Lip Chee berkata, walaupun buat masa ini aktiviti riadah kolam renang belum dibuka untuk orang ramai, namun kelonggaran diberikan kepada atlet sukan renang negeri, bagi membolehkan mereka menjalani latihan dengan lebih sempurna.

Menurutnya, seramai 25 atlet sukan renang negeri telah mula menjalani latihan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

“Walaupun dibenarkan berlatih, semua atlet perlu mengikut SOP dan garis panduan selain mengamalkan jarakan sosial semasa berada di dalam kolam,” katanya kepada pemberita selepas melawat Spice Aquatic Centre, dekat sini hari ini.

Soon berkata, kolam renang hanya akan dibuka untuk orang ramai bermula 1 Julai depan dan kawalan jumlah pengunjung, akan dilaksanakan di semua kolam renang.

SUKMA Johor pada asalnya dijadual berlangsung dari 11 hingga 19 Julai ini, namun penularan pandemik COVID-19 memaksa temasya dwitahunan itu, ditukar ke tarikh baharu, 6 hingga 14 Mac tahun depan.

-- BERNAMA

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan