Rabu, 27 Mei 2020
SUKAN
15/05/2020 12:55 AM

KOTA KINABALU, 14 Mei -- Kesemua atlet Sabah boleh menggunakan kemudahan di setiap kompleks sukan di negeri ini untuk menjalani latihan bermula Isnin ini.

Menteri Belia dan Sukan Sabah, Phoong Jin Zhe, berkata keputusan itu dibuat selaras dengan pengumuman Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada 10 Mei berhubung beberapa sektor yang dibenarkan beroperasi di negeri ini.

“Antara kemudahan yang dibuka untuk atlet tertakluk kepada kebenaran Majlis Sukan Sabah ialah trek sintetik, golf, tenis, boling padang, memanah, angkat berat, petanque, skuasy, ping pong, karate dan taekwondo,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini,

Phoong berkata beberapa kemudahan sukan juga akan mula dibuka kepada orang awam dengan syarat ia digunakan tidak lebih daripada 10 orang pada satu-satu masa.

“Antara kemudahan yang dibuka ialah trek joging di kompleks sukan seluruh Sabah kecuali Kompleks Sukan Likas, pusat golf ‘driving range’, senamrobik, senaman jasmani dan asrama.

"Semua pengguna wajib mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan dan pihak berkuasa berkaitan semasa menggunakan kemudahan sukan,” katanya.

Phoong berkata terdapat juga beberapa sukan yang tidak dibenarkan termasuk membabitkan perhimpunan penyokong, acara berkumpulan di luar melebihi 10 orang, sukan dalam dewan, acara di kolam renang dan jenis sukan bersentuhan seperti ragbi, gusti, tinju, bola sepak dan bola keranjang.

Beliau berkata mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Majlis Sukan Sabah di talian 088-538396/7/8.

-- BERNAMA

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan