Rabu, 27 Mei 2020
SUKAN
13/05/2020 07:50 PM

SHAH ALAM, 13 Mei  -- Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah memutuskan untuk membatalkan perlawanan bola sepak edisi ke-19, Piala Sultan Selangor 2020 yang dijadual berlangsung di Stadium Shah Alam pada 15 Ogos depan.

Perlawanan persahabatan antara Selangor dan Singapura itu adalah acara tahunan yang bertujuan menghidupkan semula perlawanan tradisi di antara kedua-dua pasukan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Istana Selangor hari ini, keputusan yang dibuat oleh Sultan Sharafuddin adalah demi kepentingan kesihatan dan keselamatan peminat bola sepak serta berharap agar mereka menerima pembatalan berkenaan dan kekal selamat daripada jangkitan COVID-19.

“Sultan Sharafuddin tidak mahu perlawanan itu berlangsung dalam stadium tanpa penonton.

“Piala Sultan Selangor adalah mengenai penyokong Selangor dan Singapura yang sentiasa memainkan peranan penting dalam sesuatu perlawanan dan ia berterusan,” menurut kenyataan itu.

Menurut Istana Selangor, perlawanan Piala Sultan Selangor akan diadakan pada tahun 2021.

-- BERNAMA

 

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan