Rabu, 27 Mei 2020
SUKAN
13/05/2020 03:04 PM

KUALA LUMPUR, 13 Mei  -- Selepas dua bulan ditutup, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kini kembali beroperasi dengan beberapa langkah keselamatan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) untuk mengelakkan penyebaran COVID-19.

Menurut buletin SIC, litar berkenaan dibuka semula sejak semalam untuk sesi latihan persendirian dengan tidak lebih daripada 10 peserta dibenarkan dalam satu sesi.

SIC berkata untuk memastikan keselamatan dan kesihatan kakitangan, pelumba, pasukan, rakan kongsi dan peminatnya, beberapa langkah keselamatan telah ditetapkan berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Antaranya, pelawat perlu mendaftar di kawasan yang ditentukan sebelum memasuki premis, pemeriksaan suhu badan sebelum masuk dan penjarakan sosial satu meter.

"Premis kami telah dibersihkan dan disanitasi untuk memastikan persekitaran yang selamat dan bersih bagi pelanggan kami. Sentiasa gunakan cecair pembasmi kuman dan penutup mulut dan hidung yang disediakan oleh SIC, basuh tangan anda dengan kerap dan mengamalkan kebersihan yang baik pada setiap masa," menurut SIC.

Dengan pembukaan semula litar itu, SIC berharap beberapa aksi perlumbaan permotoran dapat diadakan tidak lama lagi.

-- BERNAMA

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan