Selasa, 07 April 2020
26/03/2020 06:06 PM

JOHOR BAHRU, 26 Mac -- Kerajaan negeri Johor akur dengan keputusan penangguhan penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) Johor 2020, yang dijadual berlangsung Julai ini, susulan penularan wabak COVID-19.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Onn Hafiz Ghazi, turut bersetuju bahawa faktor keselamatan dan kesihatan semua pihak dalam temasya itu sebagai suatu perkara yang tidak boleh diambil mudah.

“Semua aspek telah diambil kira sebelum keputusan ini dibuat. Dari segi faktor keselamatan dan kesihatan kita tidak boleh kompromi,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, hari ini.

Beliau berkata tarikh baharu Sukma 2020 akan diumumkan secepat mungkin dengan mengambil kira kepentingan semua pemegang taruh dan tarikh yang sesuai tanpa pertindihan dengan tarikh-tarikh penting, di samping mengambil kira perkembangan semasa  COVID-19.

Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia sebulat suara semalam bersetuju untuk menangguhkan Sukma Johor 2020 pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Sukma Johor dijadual berlangsung dari 11 hingga 19 Julai ini, dengan kehadiran hampir 30,000 atlet, pegawai, petugas media dan sukarelawan.

-- BERNAMA

 

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Lain-lain

Laman Korporat
Hubungi Kami
Sebutharga / Tender

Ikut Kami

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan