Selasa, 07 April 2020
SUKAN
26/03/2020 12:02 PM

KUALA LUMPUR, 26 Mac  -- Persekutuan Hoki Asia (AHF) telah menangguhkan Kejohanan Piala Remaja Lelaki Asia 2020 dan juga kejohanan Piala Juara-Juara Wanita Asia 2020 pada Jun, ke satu tarikh yang akan diumumkan kemudian akibat pandemik COVID-19.

AFH menerusi laman sesawang mereka; www.asianhokey.org menyatakan penangguhan itu tidak dapat dielakkan dan ia dilakukan bagi menjaga keselamatan dan kesihatan atlet, pegawai dan peminat hoki, disamping membolehkan satu kejohanan yang lebih adil dan berjaya diadakan pada satu tarikh kelak.

“Kami seperti anda juga kecewa kerana perkara ini perlu dilakukan dan kami sedang bekerja rapat dengan tuan rumah kejohanan, bagi menetapkan tarikh baharu secepat mungkin,” katanya.

Pada asalnya Kejohanan Piala Remaja Lelaki Asia 2020 dijadualkan pada 4-12 Jun, di Dhaka, Bangladesh, manakala Piala Juara-Juara Wanita Asia 2020 pada 14-21 Jun di Domghae, Korea Selatan. 

-- BERNAMA

 

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Lain-lain

Laman Korporat
Hubungi Kami
Sebutharga / Tender

Ikut Kami

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan