Tarikh Kemaskini :
14/02/2020 11:38 PM

SIBU, 14 Feb -- Larian Menara Sibu 2020 akan diteruskan pada 8 Mac ini dengan pelbagai langkah berjaga-jaga diambil berikutan jangkitan COVID-19.

Koordinator acara Mohamad Abdullah Izkandar Roseley berkata, pihak penganjur akan mengambil tindakan pencegahan bagi menjaga kesihatan peserta.

“Saringan kesihatan akan dilakukan terhadap peserta sebagai langkah berjaga-jaga terhadap COVID-19 sebelum larian,” katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.

Kira-kira 300 pelari telahpun mengesahkan penyertaan mereka termasuk dari Filipina, Singapura dan United Kingdom.

Acara itu akan berlangsung di Wisma Sanyan yang merupakan bangunan tertinggi di Sarawak dan pendaftaran untuk penyertaan masih di buka sehingga 5 Mac.

Peserta akan berlari menaiki 627 anak tangga pada bangunan 28 tingkat setinggi 126m.

-- BERNAMA

 

 


 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Lain-lain

Hubungi Kami

Ikut Kami

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan