RENCANA

COVID-19: 1,262 KES HARIAN BAHARU UNTUK ENAM HARI

10/03/2023 03:00 PM

Oleh Melati Mohd Ariff

Berikut adalah Rangkuman Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 4 Mac hingga pukul 12:00 tgh 10 Mac 2023.

Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 5.04 juta kes. Di peringkat global, lebih 681 juta kes dilaporkan dengan kes kematian sekitar 6.8 juta kes. Jumlah pesakit COVID-19 yang sembuh dilaporkan lebih 654 juta.

Pandemik COVID-19 yang masuk tahun keempat merebak ke 229 buah negara dan wilayah.

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Jumlah kes harian baharu enam hari (4 Mac-9 Mac 2023) meningkat sedikit kepada 1,262 kes berbanding tempoh yang sama minggu lalu iaitu 1,237 kes.

Semalam (9 Mac), sebanyak 279 kes harian baharu dilaporkan (tertinggi setakat ini untuk bulan Mac 2023), termasuk enam (6) kes import. Tiada kes kematian dilaporkan semalam.

Sepanjang Rangkuman Mingguan Bernama 4 Mac-9 Mac 2023, sifar kes kematian turut dilaporkan pada 4 Mac, 6 Mac dan 7 Mac. Untuk rekod, sepanjang tempoh Rangkuman ini hanya dua (2) kes kematian dilaporkan.


Ibu kepada tiga cahaya mata ditemani salah seorang anaknya mencari rezeki dengan membuat belacan di Kampung Mengabang Telong, Kuala Nerus sempena cuti persekolahan dan sambutan Hari Wanita Sedunia. --fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA

Daripada 279 kes, tujuh (7) negeri/wilayah mencatat kes dua (2) angka, didahului Selangor (97), WP Kuala Lumpur (64), Melaka (17), Johor (17), Perak (14), WP Putrajaya (11) dan Terengganu (11).

Kes satu angka dilaporkan di Sarawak (9), Pulau Pinang (9), Negeri Sembilan (9), Kedah (7), Pahang (6), Kelantan (3), WP Labuan (3) dan Sabah (2).

Perlis mencatat kes sifar semalam dan juga selama empat hari berturut-turut iaitu pada 5 Mac, 6 Mac, 7 Mac dan 8 Mac.

Malaysia masih mempunyai 9,296 kes aktif COVID-19 dan daripada jumlah itu, sebanyak 8,964 kes (96.4 peratus) kuarantin di rumah, demikian menurut data KKMNOW Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), setakat pukul 11:59mlm, 9 Mac 2023.

Secara keseluruhannya, sehingga semalam (9 Mac), Malaysia merekod sebanyak 5,044,718 kes COVID-19, kes sembuh 4,998,455 dan 36,967 kes kematian. Pandemik COVID-19 mula melanda Malaysia pada 25 Januari 2020. Pada 1 April 2022, Malaysia memasuki fasa peralihan ke endemik.


Sebuah keluarga berswafoto sambil menikmati keindahan pemandangan sawah padi berlatar belakangkan sebuah kapal terbang yang tidak digunakan lagi. Pesawat tersebut dijadikan sebagai daya tarikan pelancong dari luar dan dalam negeri Selangor sempena cuti persekolahan di Jalan Parit Lima Sekinchan. --fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA

Dengan 5,044,718 kes kumulatif COVID-19, Malaysia menduduki tangga 28 daripada 229 buah negara/wilayah yang dilanda pandemik COVID-19. Di hadapan Malaysia ialah Chile (5,192,286 kes) dan Ukraine (5,399,231 kes).

Dalam kalangan 229 buah negara, mengikut data terkini Worldometer, Rusia mencatat kes harian baharu tertinggi (12,496) diikuti Korea Selatan (10,890) dan Jepun (9,834).

Amerika Syarikat mencatat jumlah kes kematian akibat COVID-19 tertinggi iaitu 1,148,391 kes.

 

Berikut kes harian baharu COVID-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama 4 Mac - 9 Mac 2023.

4 Mac (170), 5 Mac (164), 6 Mac (188), 7 Mac (226), 8 Mac (235) dan 9 Mac (279).

 

Kes baharu COVID-19 Rangkuman Mingguan Bernama 25 Feb-3 Mac 2023:-

25 Feb (173), 26 Feb (207), 27 Feb (190), 28 Feb (206), 1 Mac (217), 2 Mac (244) dan 3 Mac (204).

 

SENARIO COVID-19 DI MALAYSIA


Di Johor, bilangan mangsa meningkat kepada 45,048 orang pagi 9 Mac berbanding 42,852 orang pada malam semalam, meskipun banjir mulai surut di beberapa daerah. --fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA

(Data KKMNOW setakat pukul 11:59mlm 9 Mac 2023)

 

Kes aktif COVID-19 di Malaysia setakat pukul 11:59mlm 9 Mac 2023 adalah sebanyak 9,296 dan daripada jumlah itu, sebanyak 96.4 peratus (8,964) dikuarantin di rumah.

Sifar (0) di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC); 327 kes (3.5 peratus) di hospital; 4 kes (0 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) sementara 1 (0 peratus) di ICU memerlukan ABP.

Untuk rekod, terdapat lima tahap jangkitan COVID-19, iaitu

Tahap 1 - Tidak menunjukkan sebarang gejala

Tahap 2 - Bergejala ringan, tiada radang paru-paru

Tahap 3 - Bergejala, mengalami radang paru-paru

Tahap 4 - Bergejala, mengalani radang paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen

Tahap 5 - Bergejala kritikal, memerlukan rawatan intensif di Unit Rawatan Rapi (ICU)

 

Kes sembuh:-


Kakitangan Taman Buaya dan Rekreasi Melaka (TBRM) memberi makanan ayam mentah kepada pasangan buaya tembaga yang diberi nama 'Haris' dan 'Izah'. --fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA

4 Mac (178), 5 Mac (198), 6 Mac (181), 7 Mac (202), 8 Mac (216) dan 9 Mac (236).

*kes kumulatif sembuh setakat pukul 11:59mlm 9 Mac 2023 sebanyak 4,998,455

 

Kes import

4 Mac (2), 5 Mac (2), 6 Mac (2), 7 Mac (3), 8 Mac (6) dan 9 Mac (6).

 

Kes aktif dengan kebolehjangkitan:-

4 Mac (9,239), 5 Mac (9,204), 6 Mac (9,211), 7 Mac (9,235), 8 Mac (9,253) dan 9 Mac (9,296).

 

Kuarantin Di Rumah

4 Mac (8,934), 5 Mac (8,888), 6 Mac (8,884), 7 Mac (8,913), 8 Mac (8,916) dan 9 Mac (8,964).

 

Perincian kes harian baharu (279 kes) :-

*mengikut negeri, setakat pukul 11:59mlm 9 Mac 2023

*(+kes import)


Status Terkini COVID-19 Malaysia. Kes Baharu mengikut Negeri. Sumber: KKM

Kes dua angka - Selangor 97 (+0), WP Kuala Lumpur 64 (+0), Melaka 17 (+0), Johor 16 (+1), Perak 14 (+0), WP Putrajaya 11 (+0) dan Terengganu 11 (+0).

Kes satu angka - Sarawak 9 (+0), Pulau Pinang 9 (+0), Negeri Sembilan 7 (+2), Kedah 5 (+2), Pahang 6 (+0), Kelantan 3 (+0), WP Labuan 2 (+1) dan Sabah 2 (+0).

Kes sifar - Perlis.

 

Rekod kes baharu, kes kumulatif dan kes import:-

4 Mac - Kes baharu 170; Kumulatif kes 5,043,626; Kes import 2

5 Mac - Kes baharu 164; Kumulatif kes 5,043,790; Kes import 2

6 Mac - Kes baharu 188; Kumulatif kes 5,043,978; Kes import 2

7 Mac - Kes baharu 226; Kumulatif kes 5,044,204; Kes import 3

8 Mac - Kes baharu 235; Kumulatif kes 5,044,439; Kes import 6

9 Mac - Kes baharu 279; Kumulatif kes 5,044,718; Kes import 6

 

Rekod kes kematian:-

*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital; disahkan positif COVID-19 selepas ujian makmal RT PCR dijalankan.

 

4 Mac - 0 (BID 0), 5 Mac - 1 (BID 0), 6 Mac - 0 (BID 0), 7 Mac - 0 (BID 0), 8 Mac - 1 (BID 1) dan 9 Mac - 0 (BID 0).

*Jumlah kes kematian setakat pukul 11:59mlm 9 Mac sebanyak 36,967.

 

STATISTIK GLOBAL COVID-19


Statistik Terkini COVID-19 di Seluruh Dunia dan Ringkasan Kes COVID-19 di Malaysia. worldometers.info/coronavirus

Setakat ini, jumlah kes COVID-19 global (worldometer) adalah sebanyak 681,212,510 berbanding 680.529,393 kes pada minggu sebelumnya dengan 6,809,882 kematian. Jumlah kes kematian minggu lepas sebanyak 6,804,544 kes.

Kes sembuh terkini sebanyak 654,132,455 berbanding 653,360,031 kes pada minggu sebelumnya.

Sebanyak 229 negara/wilayah dilanda pandemik COVID-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Perancis, Jerman, Brazil, Jepun, Korea Selatan, Itali, United Kingdom dan Rusia.

Pecahan kes COVID-19 untuk 10 negara teratas dan (+rekod kes harian baharu) adalah seperti berikut:- *Tiada maklumat (NA).

Amerika Syarikat 105,547,760 (+8,964)

India 44,689,072(+NA)

Perancis 39,639,112 (+NA)

Jerman 38,241,231 (NA)

Brazil 37,085,520 (+NA)

Jepun 33,298,296 (+9,834)

Korea Selatan 30,605,187 (+10,890)

Itali 25,603,510 (NA)

United Kingdom 24,396,534 (NA)

Rusia 22,388,556 (+12,496)

 

Berikut adalah negara di Asia Tenggara, di samping Malaysia, dengan pecahan kes kumulatif

COVID-19 dan (+kes harian baharu):-*Tiada maklumat (NA).

Vietnam di tangga 13 - 11,526,994 (+NA)

Indonesia di tangga 20 - 6,738,225 (+307)

Malaysia di tangga 28 - 5,044,718 (+279)

Thailand di tangga 31 - 4,728,182 (NA)

Filipina di tangga 37 - 4,077,452 (+162)

Singapura di tangga 45 - 2,230,570 (+NA)

Myanmar di tangga 84 - 633,950 (+1)

Brunei di tangga 106 - 279,661 (NA)

Laos di tangga 113 - 218,023 (NA)

Kampuchea di tangga 125 - 138,719 (+NA)

 

-------------------------------------------------------------------------

LATAR BELAKANG COVID-19

-- Penularan wabak COVID-19 yang pada awalnya dipanggil virus Wuhan berlaku ketika masyarakat Cina di seluruh dunia termasuk di China membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina. - Virus dikesan di Wuhan, ibu negeri wilayah Hubei, China pada 31 Dis 2019 selepas WHO dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar tersebut.

-- WHO memberi nama rasmi virus "2019-nCoV" iaitu COVID-19, singkatan untuk Corona Virus Disease 19. Virus ini dilaporkan mempunyai komponen genetik yang paling serupa yang terdapat pada ular dan kelawar. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020 akhirnya melabelkan wabak penyakit COVID-19 sebagai pandemik.

-- WHO menyifatkan wabak penyakit COVID-19 sebagai 10 kali ganda lebih berbahaya daripada Influenza A H1N1atau lebih dikenali sebagai Selesema Babi (Swine Flu).

-- Kes pertama 2019-nCoV di Malaysia disahkan pada 25 Jan membabitkan tiga (3) warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Jan.

-- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan empat VOC sebagai kebimbangan global iaitu United Kingdom (B.117), Afrika Selatan (B.1.351), Brazil (P.1) dan India (B.1.617).

-- WHO berikutnya mengumumkan varian COVID-19 akan dikenali menggunakan huruf Greek bagi mengelakkan mana-mana negara dikaitkan dengan stigma pandemik itu.

-- Variant of Concern (VOC) seperti berikut:- *varian Beta (B.1.351); *varian Alpha (B.1.1.7); dan *varian Delta (B.1.617.2), pertama kali dikesan di India pada penghujung tahun 2020.

-- Variant of Interest (VOI) seperti berikut:- *varian Theta (P.3); *varian Eta (B.1.525); dan *varian Kappa (B.1.617.1)

- WHO mengumumkan kes VOC B.1.1.529 yang kemudiannya dinamakan Omicron pada 26 Nov 2021. Varian Omicron pertama kali dikesan di Wilayah Gauteng, Afrika Selatan.

-- Saintis di Institute IHU Mediterranee Infection, Perancis, mengenalpasti varian baharu pada penghujung November 2021, secara saintifik dikenali sebagai B.1.640.2 dengan mempunyai 46 mutasi dan menggelarkannya, IHU.

-- Israel mengesahkan kes pertama individu dijangkiti ‘Flurona’ iaitu kes Influenza dan COVID-19 secara serentak (2 Jan 2022).

-- 1 April 2022 - Malaysia masuk ke fasa peralihan ke endemik sebagai “exit strategy” untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19.

-- 1 Mei 2022 - beberapa kelongaran protokol Prosedur Operasi Standard (SOP) termasuk pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan daftar masuk serta status vaksinasi MySejahtera.

-- Malaysia kini berada dalam fasa peralihan ke endemik bermula 1 April 2022 sebagai “exit strategy” untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19.

-- Senario fasa pra endemik di Malaysia menunjukkan dominasi varian XBB, hasil survelan genomik SARS-CoV-2 (virus yang mencetuskan penyakit COVID-19) di negara ini sepanjang Disember 2022 iaitu merangkumi sebanyak 55.4 peratus, diikuti varian BA.2.75 (20.8 peratus) dan varian BQ.1 (10.8 peratus).

-- Varian XBB masih varian utama yang menular dalam kalangan penduduk Malaysia sejak bulan Oktober 2022. Kedua-dua varian XBB dan BA.2.75 adalah sejenis varian Lineage Under Monitoring (LUM) WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia).

-- Salah satu subvarian Omicron yang pada asalnya dikesan pada Oktober 2022 ialah XBB.1.5 - rekombinan dua BA.2 sublineage - diberitakan sedang meningkat di Amerika Syarikat serta Eropah dan dikenal pasti di lebih 25 buah negara. Para pakar menggelarkan strain Omicron XBB.1.5 ini dengan nama ‘Kraken’ yang berpotensi mencetuskan gelombang besar COVID-19. WHO dilaporkan sedang membuat penilaian risiko strain XBB.1.5 ini.

-- Di negara China, varian BA.5.2 dan varian BF.7 merangkumi lebih kurang 80 peratus daripada varian yang menular di negara berkenaan pada masa ini.

-- Daripada kes harian baharu yang pernah memuncak melebih 30 ribu (33,406 pada 5 Mac 2022), kes harian baharu COVID-19 negara menyusut dengan kes terendah sebanyak 101 dilaporkan pada 24 Januari 2023. Untuk rekod, jumlah kes aktif COVID-19 negara pada 5 Mac 2022 adalah sebanyak 311,206.

 

BERNAMA

 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan