RENCANA

COVID-19: JUMLAH KES HARIAN BAHARU SEMINGGU 1,441

05/03/2023 03:16 AM

Oleh Melati Mohd Ariff

Berikut adalah Rangkuman TERKINI Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 25 Feb hingga pukul 11:59mlm 3 Mac 2023.

Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 5.04 juta kes. Di peringkat global, lebih 680 juta kes dilaporkan dengan kes kematian sekitar 6.80 juta kes. Jumah pesakit COVID-19 yang sembuh dilaporkan lebih 653 juta.

Pandemik COVID-19 yang masuk tahun keempat merebak ke 229 buah negara dan wilayah.

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Kes harian baharu COVID-19 negara meningkat sekitar tiga (3) peratus kepada 1,441 kes untuk tempoh seminggu (25 Feb-3 Mac 2023), berbanding minggu sebelumnya.

Setakat pukul 11:59mlm, 3 Mac 2023, Malaysia masih mempunyai 9,247 kes aktif COVID-19 dan daripada jumlah itu, 8,909 kes (96.3 peratus) kuarantin di rumah,

Semalam (3 Mac), sebanyak 204 kes harian baharu dilaporkan termasuk empat (4) kes import dan sifar kes kematian. Sifar kes kematian turut dilaporkan pada 25 Feb, 26 Feb dan 27 Feb.

Secara keseluruhannya, sehingga semalam (3 Mac), berdasarkan data KKMNOW, Malaysia merekod 5,043,456 kes COVID-19, kes sembuh 4,997,244 dan 36,965 kes kematian. Pandemik COVID-19 mula melanda Malaysia pada 25 Januari 2020. Pada 1 April 2022, Malaysia memasuki fasa peralihan ke endemik.


Seorang warga emas dari Kampung Tasek berehat bersama cucu-cucunya yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Penghulu selepas banjir melanda beberapa kampung di Sungai Rambai, Jasin. --fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA

Untuk tempoh Rangkuman Mingguan Bernama (25 Feb hingga 3 Mac 2023), kes tertinggi sebanyak 244 dilaporkan pada 2 Mac.

Daripada 204 kes, lima (5) negeri/wilayah mencatat kes dua (2) angka, didahului WP Kuala Lumpur (61), Selangor (59), Perak (16), Melaka (15) dan Johor (12).

Kes satu angka dilaporkan di Sarawak (8), Kedah (7), Pulau Pinang (7), Negeri Sembilan (5), Pahang (5), WP Putrajaya (3), Kelantan (3), Sabah (2) dan WP Labuan (1).

Sifar kes dilaporkan di Terengganu dan Perlis.

Dengan 5,043,456 kes kumulatif COVID-19, Malaysia menduduki tangga 28 daripada 229 buah negara/wilayah yang dilanda pandemik COVID-19. Di hadapan Malaysia ialah Chile (5,174,951 kes) dan Ukraine (5,389,439 kes).

Dalam kalangan 229 buah negara, mengikut data terkini Worldometer, Rusia mencatat kes harian baharu tertinggi (14,516) diikuti Taiwan (13,81) dan Jepun (10,522).

Amerika Syarikat mencatat jumlah kes kematian akibat COVID-19 tertinggi iaitu 1,146,704 kes.

 

Berikut kes harian baharu COVID-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama 25 Feb - 3 Mac 2023.


Jumlah Kes Harian Berbanding Kes Sembuh Wabak COVID-19 di Malaysia. Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

25 Feb (173), 26 Feb (207), 27 Feb (190), 28 Feb (206), 1 Mac (217), 2 Mac (244) dan 3 Mac (204).

 

Kes baharu COVID-19 Rangkuman Mingguan Bernama 18 Feb-24 Feb 2023:-

18 Feb (212), 19 Feb (186), 20 Feb (167), 21 Feb (184), 22 Feb (229), 23 Feb (224) dan 24 Feb (204).

 

SENARIO COVID-19 DI MALAYSIA

(Data KKMNOW setakat pukul 11:59mlm 3 Mac 2023)


Seorang penduduk memasang jaring untuk menangkap ikan di laman rumah ibu mertuanya yang ditenggelami air selepas banjir melanda beberapa kampung di Sungai Rambai di Parit Penghulu Benteng, Jasin. --fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA

Kes aktif COVID-19 di Malaysia setakat pukul 11:59mlm 3 Mac 2023 adalah sebanyak 9,247 dan daripada jumlah itu, sebanyak 96.3 peratus (8,909) dikuarantin di rumah.

Sifar (0) di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC); 332 kes (3.6 peratus) di hospital; 5 kes (0.1 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) sementara 1 (0 peratus) di ICU memerlukan ABP.

Untuk rekod, terdapat lima tahap jangkitan COVID-19, iaitu

Tahap 1 - Tidak menunjukkan sebarang gejala

Tahap 2 - Bergejala ringan, tiada radang paru-paru

Tahap 3 - Bergejala, mengalami radang paru-paru

Tahap 4 - Bergejala, mengalani radang paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen

Tahap 5 - Bergejala kritikal, memerlukan rawatan intensif di Unit Rawatan Rapi (ICU)

 

Kes sembuh:-


Seorang penduduk setempat dilihat mula melakukan kerja-kerja pembersihan di kediaman mereka selepas banjir surut di Taman Pinggiran Sungai Kelamah, Tampin. --fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA

25 Feb (219), 26 Feb (175), 27 Feb (177), 28 Feb (176), 1 Mac (233), 2 Mac (0) dan 3 Mac (213).

*kes kumulatif sembuh setakat pukul 11:59mlm 3 Mac 2023 sebanyak 4,997,244.

 

Kes import

25 Feb (3), 26 Feb (1), 27 Feb (2), 28 Feb (5), 1 Mac (0), 2 Mac (2) dan 3 Mac (4).

 

Kes aktif dengan kebolehjangkitan:-

25 Feb (9,174), 26 Feb (9,206), 27 Feb (9,219), 28 Feb (9,248), 1 Mac (9,230), 2 Mac (9,256) dan 3 Mac (9,247).

 

Kuarantin Di Rumah

25 Feb (8,845), 26 Feb (8,871), 27 Feb (8,888), 28 Feb (8,901), 1 Mac (8,882), 2 Mac (8,896) dan 3 Mac (8,909).

 

Perincian kes harian baharu (204 kes) :-

*mengikut negeri, setakat pukul 11:59mlm 3 Mac 2023

*(+kes import)


Status Terkini COVID-19 Malaysia. Kes Baharu mengikut Negeri. Sumber: KKM

Kes dua angka - WP Kuala Lumpur 61 (+0), Selangor 59 (+0), Perak 16 (+0), Melaka 13 (+2) dan Johor 12 (+).

Kes satu angka - Kes satu angka dilaporkan di Sarawak 6 (+2), Kedah 7 (+0), Pulau Pinang 7 (+0), Negeri Sembilan 5 (+0), Pahang 5 (+0), WP Putrajaya 3 (+0), Kelantan 3 (+0), Sabah 2 (+0) dan WP Labuan 1 (+0).

Kes sifar - Terengganu dan Perlis.

 

Rekod kes baharu, kes kumulatif dan kes import:-

25 Feb - Kes baharu 173; Kumulatif kes 5,042,188; Kes import 3

26 Feb - Kes baharu 207; Kumulatif kes 5,042,395; Kes import 1

27 Feb - Kes baharu 190; Kumulatif kes 5,042,585; Kes import 2

28 Feb - Kes baharu 206; Kumulatif kes 5,042,791; Kes import 5

1 Mac - Kes baharu 217; Kumulatif kes 5,043,008; Kes import 0

2 Mac - Kes baharu 244; Kumulatif kes 5,043,252; Kes import 2

3 Mac - Kes baharu 204; Kumulatif kes 5,043,456; Kes import 4

 

Rekod kes kematian:-

*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensikhospital; disahkan positif COVID-19 selepas ujian makmal RT PCR dijalankan.

25 Feb - 0(BID 0), 26 Feb - 0 (BID 0), 27 Feb - 0 (BID 0), 28 Feb - 1 (BID 0),1 Mac - 2 (BID 1), 2 Mac - 5 (BID 2) dan 3 Mac - 0 (BID 0).

*Jumlah kes kematian setakat pukul 11:59mlm 3 Mac sebanyak 36,965.

 

STATISTIK GLOBAL COVID-19


Statistik Terkini COVID-19 di Seluruh Dunia dan Ringkasan Kes COVID-19 di Malaysia. worldometers.info/coronavirus

Setakat ini, jumlah kes COVID-19 global (worldometer) adalah sebanyak 680.529,393 berbanding 679,482,438 kes pada minggu sebelumnya dengan 6,804,544 kes kematian. Jumlah kes kematian minggu lepas sebanyak 6,797,161 kes.

Kes sembuh terkini sebanyak 653,360,031 berbanding 652,299,115 kes pada minggu sebelumnya.

Sebanyak 229 negara/wilayah dilanda pandemik COVID-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Perancis, Jerman, Brazil, Jepun, Korea Selatan, Itali, United Kingdom dan Rusia.

Pecahan kes COVID-19 untuk 10 negara teratas dan (+rekod kes harian baharu) adalah seperti berikut:- *Tiada maklumat (NA).

Amerika Syarikat 105,391,672 (+7,655)

India 44,687,162 (+NA)

Perancis 39,634,146 (+3,194)

Jerman 38,202,571 (NA)

Brazil 37,076,053 (+9,262)

Jepun 33,241,066 (+10,522)

Korea Selatan 30,543,981 (+10,408)

Itali 25,603,510 (NA)

United Kingdom 24,370,154 (NA)

Rusia 22,314,520 (+14,516)

 

Berikut adalah negara di Asia Tenggara, di samping Malaysia, dengan pecahan kes kumulatif

COVID-19 dan (+kes harian baharu):-*Tiada maklumat (NA).

Vietnam di tangga 13 - 11,526,950 (+13)

Indonesia di tangga 20 - 6,736,787 (+211)

Malaysia di tangga 28 - 5,043,456 (+204)

Thailand di tangga 31 - 4,728,035 (NA)

Filipina di tangga 37 - 4,076,704 (+142)

Singapura di tangga 45 - 2,230,570 (+NA)

Myanmar di tangga 84 - 633,935 (+NA)

Brunei di tangga 106 - 278,698 (NA)

Laos di tangga 113 - 218,017 (NA)

Kampuchea di tangga 125 - 138,719 (+NA)

 

-------------------------------------------------------------------------

LATAR BELAKANG COVID-19

-- Penularan wabak COVID-19 yang pada awalnya dipanggil virus Wuhan berlaku ketika masyarakat Cina di seluruh dunia termasuk di China membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina. - Virus dikesan di Wuhan, ibu negeri wilayah Hubei, China pada 31 Dis 2019 selepas WHO dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar tersebut.

-- WHO memberi nama rasmi virus "2019-nCoV" iaitu COVID-19, singkatan untuk Corona Virus Disease 19. Virus ini dilaporkan mempunyai komponen genetik yang paling serupa yang terdapat pada ular dan kelawar. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020 akhirnya melabelkan wabak penyakit COVID-19 sebagai pandemik.

-- WHO menyifatkan wabak penyakit COVID-19 sebagai 10 kali ganda lebih berbahaya daripada Influenza A H1N1atau lebih dikenali sebagai Selesema Babi (Swine Flu).

-- Kes pertama 2019-nCoV di Malaysia disahkan pada 25 Jan membabitkan tiga (3) warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Jan.

-- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan empat VOC sebagai kebimbangan global iaitu United Kingdom (B.117), Afrika Selatan (B.1.351), Brazil (P.1) dan India (B.1.617).

-- WHO berikutnya mengumumkan varian COVID-19 akan dikenali menggunakan huruf Greek bagi mengelakkan mana-mana negara dikaitkan dengan stigma pandemik itu.

-- Variant of Concern (VOC) seperti berikut:- *varian Beta (B.1.351); *varian Alpha (B.1.1.7); dan *varian Delta (B.1.617.2), pertama kali dikesan di India pada penghujung tahun 2020.

-- Variant of Interest (VOI) seperti berikut:- *varian Theta (P.3); *varian Eta (B.1.525); dan *varian Kappa (B.1.617.1)

-- WHO mengumumkan kes VOC B.1.1.529 yang kemudiannya dinamakan Omicron pada 26 Nov 2021. Varian Omicron pertama kali dikesan di Wilayah Gauteng, Afrika Selatan.

-- Saintis di Institute IHU Mediterranee Infection, Perancis, mengenalpasti varian baharu pada penghujung November 2021, secara saintifik dikenali sebagai B.1.640.2 dengan mempunyai 46 mutasi dan menggelarkannya, IHU.

-- Israel mengesahkan kes pertama individu dijangkiti ‘Flurona’ iaitu kes Influenza dan COVID-19 secara serentak (2 Jan 2022).

-- 1 April 2022 - Malaysia masuk ke fasa peralihan ke endemik sebagai “exit strategy” untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19.

-- 1 Mei 2022 - beberapa kelongaran protokol Prosedur Operasi Standard (SOP) termasuk pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan daftar masuk serta status vaksinasi MySejahtera.

-- Malaysia kini berada dalam fasa peralihan ke endemik bermula 1 April 2022 sebagai “exit strategy” untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19.

-- Senario fasa pra endemik di Malaysia menunjukkan dominasi varian XBB, hasil survelan genomik SARS-CoV-2 (virus yang mencetuskan penyakit COVID-19) di negara ini sepanjang Disember 2022 iaitu merangkumi sebanyak 55.4 peratus, diikuti varian BA.2.75 (20.8 peratus) dan varian BQ.1 (10.8 peratus).

-- Varian XBB masih varian utama yang menular dalam kalangan penduduk Malaysia sejak bulan Oktober 2022. Kedua-dua varian XBB dan BA.2.75 adalah sejenis varian Lineage Under Monitoring (LUM) WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia).

-- Salah satu subvarian Omicron yang pada asalnya dikesan pada Oktober 2022 ialah XBB.1.5 - rekombinan dua BA.2 sublineage - diberitakan sedang meningkat di Amerika Syarikat serta Eropah dan dikenal pasti di lebih 25 buah negara. Para pakar menggelarkan strain Omicron XBB.1.5 ini dengan nama ‘Kraken’ yang berpotensi mencetuskan gelombang besar COVID-19. WHO dilaporkan sedang membuat penilaian risiko strain XBB.1.5 ini.

-- Di negara China, varian BA.5.2 dan varian BF.7 merangkumi lebih kurang 80 peratus daripada varian yang menular di negara berkenaan pada masa ini.

-- Daripada kes harian baharu yang pernah memuncak melebih 30 ribu (33,406 pada 5 Mac 2022), kes harian baharu COVID-19 negara menyusut dengan kes terendah sebanyak 101 dilaporkan pada 24 Januari 2023. Untuk rekod, jumlah kes aktif COVID-19 negara pada 5 Mac 2022 adalah sebanyak 311,206.

 

BERNAMA

 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan