RENCANA

COVID-19: JANGKITAN TERKAWAL, BAKI 10,355 KES AKTIF

21/01/2023 02:22 PM

Oleh Melati Mohd Ariff

Berikut adalah Rangkuman TERKINI Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 14 Jan hingga pukul 11:59mlm 20 Jan 2023.

Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 5.03 juta kes. Di peringkat global, lebih 672 juta kes dilaporkan dengan kes kematian sekitar 6.74 juta kes. Jumah pesakit COVID-19 yang sembuh dilaporkan lebih 644 juta.

Pandemik COVID-19 yang masuk tahun keempat merebak ke 229 buah negara dan wilayah.

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Malaysia terus mencatat kes harian baharu COVID-19 bawah 400 sepanjang minggu ketiga Januari 2023 dengan rekod kes terendah 227 kes pada 16 Januari.

Semalam (20 Januari), kes harian baharu yang dilaporkan adalah sebanyak 285 kes termasuk lima (5) kes import dan tujuh (7) kes kematian. Kelima-lima kes import itu diaporkan di Melaka sementara empat (4) kes kematian dicatat di Selangor dan tiga (3) lagi di WP Kuala Lumpur.

Sepanjang Rangkuman Bernama 14 Jan - 20 Jan 2023, hanya sebanyak 2,081 kes harian baharu dilaporkan, susut sekitar 26 peratus berbanding 2,809 kes pada Rangkuman Mingguan 7 Jan - 13 Jan 2023.


Tanglung merupakan elemen kebudayaan masyarakat Cina yang membawa tanda kemeriahan dan kegembiraan. --fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA

Daripada 285 kes, sebanyak tujuh negeri/wilayah mencatat kes dua angka iaitu Selangor (98), WP Kuala Lumpur (69), Melaka (21), Johor (15), Perak (14), Sarawak (13) dan Pulau Pinang (11).

Negeri yang melaporkan kes satu angka ialah WP Putrajaya (9), Negeri Sembilan (9), Kedah (8), Pahang (6), Sabah (4), Terengganu (3), Kelantan (3), WP Labuan (1) dan Perlis (1).

Jumlah kumulatif kes COVID-19 negara menurut data KKMNOW Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) setakat pukul 11:59mlm 20 Jan 2023 adalah sebanyak 5,034,228 kes. Kes aktif berbaki 10,355 dan daripada jumlah itu, sebanyak 9,957 kes (92.2 peratus) menjalani kuarantin di rumah.


Pengguna dilihat memasuki ke tren elektrik (ETS) Keretapi Tanah Melayu Berhad untuk pulang ke kampung halaman masing-masing sempena Sambutan Tahun Baharu Cina di KL Sentral. --fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA

Untuk rekod, kes pertama COVID-19 (sebelum ini dikenali sebagai 2019-nCOV) dilaporkan di negara ini pada 25 Januari 2020, melibatkan tiga warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Januari 2020.

Pada 1 April 2022, Malaysia memasuki fasa peralihan ke endemik.

Dengan 5,034,228 kumulatif kes COVID-19, Malaysia kini menduduki tangga 28 daripada 229 buah negara/wilayah yang dilanda pandemik COVID-19. Di hadapan Malaysia ialah Chile (5,099,468 kes) dan Ukraine (5,367,032 kes).

Dalam kalangan 229 buah negara, mengikut data terkini Worldometer, Jepun mencatat kes harian baharu tertinggi (82,614) diikuti Korea Selatan (27,408) dan Taiwan (18,218).

Amerika Syarikat mencatat jumlah kes kematian akibat COVID-19 tertinggi iaitu 1,128,497 kes.

 


Jumlah Kes Harian Berbanding Kes Sembuh Wabak COVID-19 di Malaysia. Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Berikut kes harian baharu COVID-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama 14 Jan hingga 20 Jan 2023:-

14 Jan (287), 15 Jan (244), 16 Jan (227), 17 Jan (350), 18 Jan (371), 19 Jan (318) dan 20 Jan (285).

 

Kes baharu COVID-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama 7 Jan 2022 hingga 13 Jan 2023:-

7 Jan (571), 8 Jan (405), 9 Jan (383), 10 Jan (380), 11 Jan (367), 12 Jan (383) dan 13 Jan (320).

 

Kes harian COVID-19 di negara jiran Singapura untuk tempoh 14 Jan hingga 20 Jan 2023, seperti berikut:-

14 Jan (415), 15 Jan (309), 16 Jan (276), 17 Jan (553), 18 Jan (407), 19 Jan (344) dan 20 Jan (360).

 

SENARIO COVID-19 DI MALAYSIA


Keadaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kelihatan tenang walaupun terdapat warga kota yang ingin pulang ke kampung halaman dengan menggunakan pengangkutan udara sempena Tahun Baharu Cina. --fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA

(Data KKMNOW setakat pukul 11:59mlm 20 Jan 2023)

Malaysia masih mempunyai 10,355 kes aktif COVID-19, dan sebanyak 9,957 (96.2 peratus) dikuarantin di rumah.

Sifar (0) di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC); 382 kes (3.7 peratus) di hospital; 2 kes (0 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) sementara 14 kes (0.1 peratus) di ICU memerlukan ABP.

Untuk rekod, terdapat lima tahap jangkitan COVID-19 , iaitu

Tahap 1 - Tidak menunjukkan sebarang gejala

Tahap 2 - Bergejala ringan, tiada radang paru-paru

Tahap 3 - Bergejala, mengalami radang paru-paru

Tahap 4 - Bergejala, mengalani radang paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen

Tahap 5 - Bergejala kritikal, memerlukan rawatan intensif di Unit Rawatan Rapi (ICU)

 

Jumlah pesakit diwadkan:-

14 Jan (150), 15 Jan (158), 16 Jan (173), 17 Jan (141), 18 Jan (151), 19 Jan (158) dan 20 Jan (142).

 

Kes sembuh:-

14 Jan (590), 15 Jan (401), 16 Jan (367), 17 Jan (349), 18 Jan (304), 19 Jan (331) dan 20 Jan (300).

*kes kumulatif sembuh setakat pukul 11:59mlm 20 Jan 2023 sebanyak 4,986,943.

 

Kes import

14 Jan (1), 15 Jan (2), 16 Jan (4), 17 Jan (4), 18 Jan (1), 19 Jan (1) dan 20 Jan (5).

 

Kes aktif dengan kebolehjangkitan:-

14 Jan (10,634), 15 Jan (10,477), 16 Jan (10,331), 17 Jan (10,327), 18 Jan (10,390), 19 Jan (10,377) dan 20 Jan (10,355).

 

Perincian kes harian baharu (285 kes) :-

*mengikut negeri, setakat pukul 11:59mlm 20 Jan 2023

*(+kes import)


Status Terkini COVID-19 Malaysia. Kes Baharu mengikut Negeri. Sumber: KKM

Kes dua angka - Selangor 98 (+0), WP Kuala Lumpur 69 (+0), Melaka16 (+5), Johor 15 (+0), Perak 14 (+0), Sarawak 13 (+0) dan Pulau Pinang 11 (+0).

Kes satu angka - WP Putrajaya 9 (+0), Negeri Sembilan 9 (+0), Kedah 8 (+0), Pahang 6 (+0), Sabah 4 (+0), Terengganu 3 (+0), Kelantan 3 (+0), WP Labuan 1 (+0) dan Perlis 1 (+0).

 

Rekod kes baharu, kes kumulatif dan kes import:-

14 Jan - Kes baharu 287; Kumulatif kes 5,032,433; Kes import 1

15 Jan - Kes baharu 244; Kumulatif kes 5,032,677; Kes import 2

16 Jan - Kes baharu 227; Kumulatif kes 5,032,904; Kes import 4

17Jan - Kes baharu 350; Kumulatif kes 5,033,254; Kes import 4

18 Jan - Kes baharu 371; Kumulatif kes 5,033,625; Kes import 1

19 Jan - Kes baharu 318; Kumulatif kes 5,033,943; Kes import 1

20 Jan - Kes baharu 285; Kumulatif kes 5,034,228; Kes import 5

 

Rekod kes kematian:-

*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital; disahkan positif COVID-19 selepas ujian makmal RT PCR dijalankan.

14 Jan - 0 (BID 0), 15 Jan - 0 (BID 0), 16 Jan - 6 (BID 2), 17Jan - 5 (BID 2), 18 Jan - 4

(BID 1), 19 Jan - 0 (BID 0) dan 20 Jan - 7(BID 0).

*Jumlah kes kematian setakat pukul 11:59mlm 20 Jan 2023 sebanyak 39,930.

 

STATISTIK GLOBAL COVID-19


Statistik Terkini COVID-19 di Seluruh Dunia dan Ringkasan Kes COVID-19 di Malaysia. worldometers.info/coronavirus

Jumlah kes COVID-19 global terkini (worldometer) adalah sebanyak 672,842,041 berbanding 670,814,498 kes pada minggu sebelumnya dengan 6,742,116 kematian. (Jumlah kematian minggu sebelumnya sebanyak 6,727,074 kes).

Kes sembuh terkini sebanyak 644,488,957 kes berbanding 642,033,588 kes pada minggu sebelumnya.

Sebanyak 229 negara/wilayah dilanda pandemik COVID-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Perancis, Jerman, Brazil, Jepun, Korea Selatan, Itali, United Kingdom dan Rusia.

Pecahan kes COVID-19 untuk 10 negara teratas dan (+rekod kes harian baharu) adalah seperti berikut:- *Tiada maklumat (NA).

Amerika Syarikat 103,822,944 (+14,402)

India 44,681,884 (+NA)

Perancis 39,476,748 (+4,475)

Jerman 37,659,518 (NA)

Brazil 36,727,575 (+14,569)

Jepun 31,901,924 (+82,614)

Korea Selatan 29,955,366 (+27,408)

Itali 25,415,630 (NA)

United Kingdom 24,243,393 (NA)

Rusia 21,882,414 (+6,078)

 

Berikut adalah negara di Asia Tenggara, di samping Malaysia, dengan pecahan kes kumulatif COVID-19 dan (+kes harian baharu):-*Tiada maklumat (NA).

Vietnam di tangga 13 - 11,526,301 (+17)

Indonesia di tangga 20 - 6,727,609 (+292)

Malaysia di tangga 28 - 5,034,228 (+285)

Thailand di tangga 31 -4,725,885 (NA)

Filipina di tangga 37 - 4,071,445 (+256)

Singapura di tangga 45 - 2,213,795 (+360)

Myanmar di tangga 84 - 633,791 (+6)

Brunei di tangga 107 - 272,646 (NA)

Laos di tangga 113 - 217,941 (+6)

Kampuchea di tangga 125 - 138,673 (+1)

 

-------------------------------------------------------------------------

LATAR BELAKANG COVID-19

-- Penularan wabak COVID-19 yang pada awalnya dipanggil virus Wuhan berlaku ketika masyarakat Cina di seluruh dunia termasuk di China membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina. - Virus dikesan di Wuhan, ibu negeri wilayah Hubei, China pada 31 Dis 2019 selepas WHO dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar tersebut.

-- WHO memberi nama rasmi virus "2019-nCoV" iaitu COVID-19, singkatan untuk Corona Virus Disease 19. Virus ini dilaporkan mempunyai komponen genetik yang paling serupa yang terdapat pada ular dan kelawar. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020 akhirnya melabelkan wabak penyakit COVID-19 sebagai pandemik.

-- WHO menyifatkan wabak penyakit COVID-19 sebagai 10 kali ganda lebih berbahaya daripada Influenza A H1N1atau lebih dikenali sebagai Selesema Babi (Swine Flu).

-- Kes pertama 2019-nCoV di Malaysia disahkan pada 25 Jan membabitkan tiga (3) warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Jan.

-- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan empat VOC sebagai kebimbangan global iaitu United Kingdom (B.117), Afrika Selatan (B.1.351), Brazil (P.1) dan India (B.1.617).

-- WHO berikutnya mengumumkan varian COVID-19 akan dikenali menggunakan huruf Greek bagi mengelakkan mana-mana negara dikaitkan dengan stigma pandemik itu.

-- Variant of Concern (VOC) seperti berikut:- *varian Beta (B.1.351); *varian Alpha (B.1.1.7); dan *varian Delta (B.1.617.2), pertama kali dikesan di India pada penghujung tahun 2020.

-- Variant of Interest (VOI) seperti berikut:- *varian Theta (P.3); *varian Eta (B.1.525); dan *varian Kappa (B.1.617.1)

-- WHO mengumumkan kes VOC B.1.1.529 yang kemudiannya dinamakan Omicron pada 26 Nov 2021. Varian Omicron pertama kali dikesan di Wilayah Gauteng, Afrika Selatan.

-- Saintis di Institute IHU Mediterranee Infection, Perancis, mengenalpasti varian baharu pada penghujung November 2021, secara saintifik dikenali sebagai B.1.640.2 dengan mempunyai 46 mutasi dan menggelarkannya, IHU.

-- Israel mengesahkan kes pertama individu dijangkiti ‘Flurona’ iaitu kes Influenza dan COVID-19 secara serentak (2 Jan 2022).

-- 1 April 2022 - Malaysia masuk ke fasa peralihan ke endemik sebagai “exit strategy” untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19.

-- 1 Mei 2022 - beberapa kelongaran protokol Prosedur Operasi Standard (SOP) termasuk pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan daftar masuk serta status vaksinasi MySejahtera.

-- Malaysia kini berada dalam fasa peralihan ke endemik bermula 1 April 2022 sebagai “exit strategy” untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19.

-- Senario fasa pra endemik di Malaysia menunjukkan dominasi varian XBB, hasil survelan genomik SARS-CoV-2 (virus yang mencetuskan penyakit COVID-19) di negara ini sepanjang Disember 2022 iaitu merangkumi sebanyak 55.4 peratus, diikuti varian BA.2.75 (20.8 peratus) dan varian BQ.1 (10.8 peratus).

-- Varian XBB masih varian utama yang menular dalam kalangan penduduk Malaysia sejak bulan Oktober 2022. Kedua-dua varian XBB dan BA.2.75 adalah sejenis varian Lineage Under Monitoring (LUM) WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia).

-- Salah satu subvarian Omicron yang pada asalnya dikesan pada Oktober 2022 ialah XBB.1.5 - rekombinan dua BA.2 sublineage - diberitakan sedang meningkat di Amerika Syarikat serta Eropah dan dikenal pasti di lebih 25 buah negara. Para pakar menggelarkan strain Omicron XBB.1.5 ini dengan nama ‘Kraken’ yang berpotensi mencetuskan gelombang besar COVID-19. WHO dilaporkan sedang membuat penilaian risiko strain XBB.1.5 ini.

-- Di negara China, varian BA.5.2 dan varian BF.7 merangkumi lebih kurang 80 peratus daripada varian yang menular di negara berkenaan pada masa ini.

 

BERNAMA

 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan