RENCANA

COVID-19: Kes Harian Baharu Bawah 3,000; Kes Aktif 24,053

03/12/2022 12:34 PM

Oleh Melati Mohd Ariff

Berikut adalah Rangkuman TERKINI Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 26 Nov hingga pukul 11:59mlm 2 Dis 2022.

Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 4.99 juta kes. Di peringkat global, lebih 649 juta kes dilaporkan dengan kes kematian sekitar 6.64 juta kes. Jumah pesakit COVID-19 yang sembuh dilaporkan lebih 626 juta.

Pandemik COVID-19 yang masuk tahun ketiga sudah merebak ke 228 buah negara dan wilayah.

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Jumlah kes harian baharu COVID-19 minggu ini (26 Nov-2 Dis 2022) terus terkawal dengan sebanyak 15,590 kes dilaporkan, susut sekitar 14 peratus berbanding 18,158 kes untuk tempoh 19 Nov-25 Nov 2022.

Angka kes baharu kekal bawah paras 3,000 sepanjang tempoh Rangkuman ini dan semalam (2 Disember), Malaysia mencatat sebanyak 2,421 kes harian baharu termasuk sembilan (9) kes kematian dan dua (2) kes import.

Untuk rekod, sebanyak 60 kes kematian dilaporkan untuk tempoh Rangkuman Mingguan Bernama ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian negara akibat COVID-19 sebanyak 36,704. Angka kes kematian tinggi dilaporkan pada 30 November sebanyak 17 kes.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama para penduduk setempat selepas menunaikan solat Jumaat dan menghadiri majlis Kenduri Rakyat di Masjid Muhammad Al-Fateh, Taman Jati, Ipoh. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Daripada 2,421 kes harian baharu dilaporkan semalam, Selangor mendahului negeri-negeri lain dengan 1,000 kes diikuti WP Kuala Lumpur (174), Sabah (173), Sarawak (156), Melaka (153), Kedah (135), Pahang (107) dan Pulau Pinang (102).

Kes dua angka dilaporkan di Perak (85), Kelantan (84), Negeri Sembilan (64), Terengganu (64), WP Putrajaya (49), Johor (38), WP Labuan (22) dan Perlis (15).

Untuk bulan November 2022 setakat ini, kes terendah dicatat pada 20 November (1,633) dan tertinggi pada 3 November sebanyak 4,711 kes.

Sementara itu, kes aktif COVID-19 menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), KKMNOW dikemaskini pukul 11:59 malam 2 Disember 2022 adalah sebanyak 24,053 kes dan daripada jumlah itu, sebanyak 22,258 kes (92.5 peratus) dikuarantin di rumah.

Sebanyak 2,826 kes sembuh pesakit COVID-19 diaporkan semalam, menjadikan kumulatif kes sembuh negara setakat ini sebanyak 4,936,207 kes.

 

Berikut kes harian baharu COVID-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama 26 Nov hingga 2 Dis 2022:-


Jumlah Kes Harian Berbanding Kes Sembuh Wabak COVID-19 di Malaysia. Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

26 Nov (2,898), 27 Nov (2,022), 28 Nov (2,465), 29 Nov (1,672), 30 Nov (1,737), 1 Dis (2,375) dan 2 Dis (2,421).

Berikut kes harian baharu COVID-19 sepanjang 19 Nov hingga 25 Nov 2022:-

19 Nov (2,450), 20 Nov (1,633), 21 Nov (2,121), 22 Nov (2,516), 23 Nov (3,537), 24 Nov (2,877) dan 25 Nov (3,024).

Kes harian COVID-19 di negara jiran Singapura untuk tempoh 26 Nov hingga 2 Dis 2022, seperti berikut:-

26 Nov (1,290), 27 Nov (909), 28 Nov (817), 29 Nov (1,838), 30 Nov (1,370), 1 Dis (1,304) dan 2 Dis (1,297).

 


MYAirline melancarkan tiga laluan pertamanya dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) ke Langkawi, Kuching dan Kota Kinabalu, sekali gus menandakan permulaan rasmi operasinya di Malaysia. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Dengan sebanyak 4,996,964 kumulatif kes COVID-19, Malaysia kini menduduki tangga 27 daripada 228 buah negara/wilayah yang dilanda pandemik COVID-19. Di hadapan Malaysia ialah Ukraine (5,336,293) dan Greece (5,404,690).

Dalam kalangan 228 buah negara, mengikut data terkini Worldometer, Jepun mencatat kes harian baharu tertinggi (109,928) diikuti oleh Perancis (59,008) dan Korea Selatan (52,987).

Amerika Syarikat mencatat angka kematian akibat COVID-19 tertinggi dengan 1,106,607 kes.

 

SENARIO COVID-19 DI MALAYSIA


Seorang anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunaikan tanggungjawab mengundi sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.42 Tioman di Ibu Pejabat Polis Daerah Rompin. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Data KKMNOW setakat pukul 11:59mlm 2 Dis 2022 menunjukkan 22,258 kes (92.5 peratus) daripada 24,053 kes aktif COVID-19 dikuarantin di rumah.

Sifar (0) di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC); 1,698 kes (71.0 peratus) di hospital; 35 kes (0.1 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) sementara 62 kes (0.3 peratus) di ICU memerlukan ABP.

Untuk rekod, terdapat lima tahap jangkitan COVID-19, iaitu

Tahap 1 - Tidak menunjukkan sebarang gejala

Tahap 2 - Bergejala ringan, tiada radang paru-paru

Tahap 3 - Bergejala, mengalami radang paru-paru

Tahap 4 - Bergejala, mengalani radang paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen

Tahap 5 - Bergejala kritikal, memerlukan rawatan intensif di Unit Rawatan Rapi (ICU)

 

Kes sembuh:-

26 Nov (2,789), 27 Nov (1,819), 28 Nov (2,029), 29 Nov (2,722), 30 Nov (3,338), 1 Dis (2,857) dan 2 Dis (2,826).

*kes kumulatif sembuh sehingga 2 Dis 2022 sebanyak 4,936,207.

 

Kes aktif dengan kebolehjangkitan:-

26 Nov (27,006), 27 Nov (27,207), 28 Nov (27,638), 29 Nov (26,578), 30 Nov (24,960), 1 Dis (24,467) dan 2 Dis (24,053).

 

Perincian kes harian baharu (2,421 kes) :-

*mengikut negeri, setakat pukul 11:59mlm 2 Dis 2022

*(+kes import)


Status Terkini COVID-19 Malaysia. Kes Baharu mengikut Negeri. Sumber: KKM

Empat angka - Selangor 1,000 (+0).

Tiga angka - WP Kuala Lumpur 174 (+0), Sabah 172 (+1), Sarawak 156 (+0), Melaka 153 (+0), Kedah 135 (+0), Pahang 107 (+0) dan Pulau Pinang 102 (+0).

Dua angka - Perak 84 (+1), Kelantan 84 (+0), Negeri Sembilan 64 (+0), Terengganu 64 (+0), WP Putrajaya 49 (+0), Johor 38 (+0), WP Labuan 22 (+0) dan Perlis 15 (+0).

 

Rekod kes baharu, kes kumulatif dan kes import:-

26 Nov - Kes baharu 2,898; Kumulatif kes 4,984,272; Kes import 2

27 Nov - Kes baharu 2,022; Kumulatif kes 4,986,294; Kes import 0

28 Nov - Kes baharu 2,465; Kumulatif kes 4,988,759; Kes import 1

29 Nov - Kes baharu 1,672; Kumulatif kes 4,990,431; Kes import 1

30 Nov - Kes baharu 1,737; Kumulatif kes 4,992168; Kes import 1

1 Dis - Kes baharu 2,375; Kumulatif kes 4,994,543; Kes import 4

2 Dis - Kes baharu 2,421; Kumulatif kes 4,996,964; Kes import 2

 

Rekod kes kematian:-

*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital; disahkan positif COVID-19 selepas ujian makmal RT PCR dijalankan.

26 Nov - 4 (BID 0), 27 Nov - 4 (BID 0), 28 Nov - 5 (BID 2), 29 Nov - 10 (BID s), 30 Nov - 17 (BID 6), 1 Dis - 11 (BID 2) dan 2 Dis - 9 (BID 3).

*Jumlah kes kematian sehingga 2 Dis 2022 sebanyak 36,704.

 

STATISTIK GLOBAL COVID-19


Statistik Terkini COVID-19 di Seluruh Dunia dan Ringkasan Kes COVID-19 di Malaysia. worldometers.info/coronavirus

Jumlah kes COVID-19 global terkini (worldometer) adalah sebanyak 649,180,288 kes berbanding 645,602,109 kes minggu lepas dengan 6,644,480 kes kematian (jumlah kes kematian minggu sebelumnya sebanyak 6,635,134 kes).

Sebanyak 626,624,022 kes sembuh dilaporkan berbanding 624,295,755 kes sembuh minggu sebelumnya.

Sebanyak 228 negara/wilayah dilanda pandemik COVID-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Perancis, Jerman, Brazil, Korea Selatan, Jepun, Itali, United Kingdom dan Rusia.

Pecahan kes COVID-19 untuk 10 negara teratas dan (+rekod kes harian baharu) adalah seperti berikut:-

Amerika Syarikat 100,787,779 (+32,724)

India 44,674,195 (+211)

Perancis 37,975,060 +(59,008)

Jerman 36,530,020 (tiada maklumat)

Brazil 35,375,733 (+39,251)

Korea Selatan 27,208,800 (+52,987)

Jepun 25,021,295 (+109,928)

Itali 24,488,080 (tiada maklumat)

United Kingdom 24,000,101 (tiada maklumat)

Rusia 21,604,334 (+6,721)

Berikut adalah negara di Asia Tenggara, di samping Malaysia, dengan pecahan kes kumulatif COVID-

19 dan (+kes harian baharu):-

Vietnam di tangga 13 - 11,517,124 (+635)

Indonesia di tangga 20 - 6,674,000 (+4,179)

Malaysia di tangga 27 - 4,996,964 (+2,421)

Thailand di tangga 31 - 4,707,244 (tiada maklumat)

Filipina di tangga 38 - 4,038,716 (+1,283)

Singapura di tangga 44 - 2,170,498 (+1,297)

Myanmar di tangga 83 - 633,281 (+20)

Brunei di tangga 110 - 241,044 (tiada maklumat)

Laos di tangga 113 - 216,780 (+36)

Kampuchea di tangga 125 - 138,120 (+14)

 

-------------------------------------------------------------------------

LATAR BELAKANG COVID-19

-- Penularan wabak COVID-19 yang pada awalnya dipanggil virus Wuhan berlaku ketika masyarakat Cina di seluruh dunia termasuk di China membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina. - Virus dikesan di Wuhan, ibu negeri wilayah Hubei, China pada 31 Dis 2019 selepas WHO dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar tersebut.

-- WHO memberi nama rasmi virus "2019-nCoV" iaitu COVID-19, singkatan untuk Corona Virus Disease 19. Virus ini dilaporkan mempunyai komponen genetik yang paling serupa yang terdapat pada ular dan kelawar. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020 akhirnya melabelkan wabak penyakit COVID-19 sebagai pandemik.

-- WHO menyifatkan wabak penyakit COVID-19 sebagai 10 kali ganda lebih berbahaya daripada Influenza A H1N1atau lebih dikenali sebagai Selesema Babi (Swine Flu).

-- Kes pertama 2019-nCoV di Malaysia disahkan pada 25 Jan membabitkan tiga (3) warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Jan.

-- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan empat VOC sebagai kebimbangan global iaitu United Kingdom (B.117), Afrika Selatan (B.1.351), Brazil (P.1) dan India (B.1.617).

-- WHO berikutnya mengumumkan varian COVID-19 akan dikenali menggunakan huruf Greek bagi mengelakkan mana-mana negara dikaitkan dengan stigma pandemik itu.

-- Variant of Concern (VOC) seperti berikut:- *varian Beta (B.1.351); *varian Alpha (B.1.1.7); dan *varian Delta (B.1.617.2), pertama kali dikesan di India pada penghujung tahun 2020.

-- Variant of Interest (VOI) seperti berikut:- *varian Theta (P.3); *varian Eta (B.1.525); dan *varian Kappa (B.1.617.1)

-- WHO mengumumkan kes VOC B.1.1.529 yang kemudiannya dinamakan Omicron pada 26 Nov 2021. Varian Omicron pertama kali dikesan di Wilayah Gauteng, Afrika Selatan.

-- Saintis di Institute IHU Mediterranee Infection, Perancis, mengenalpasti varian baharu pada penghujung November 2021, secara saintifik dikenali sebagai B.1.640.2 dengan mempunyai 46 mutasi dan menggelarkannya, IHU.

-- Israel mengesahkan kes pertama individu dijangkiti ‘Flurona’ iaitu kes Influenza dan COVID-19 secara serentak (2 Jan 2022).

-- 1 April 2022 - Malaysia masuk ke fasa peralihan ke endemik sebagai “exit strategy” untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19.

-- 1 Mei 2022 - beberapa kelongaran protokol Prosedur Operasi Standard (SOP) termasuk pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan daftar masuk serta status vaksinasi MySejahtera.

-- Malaysia kini berada dalam fasa peralihan ke endemik bermula 1 April 2022 sebagai “exit strategy” untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19.

 

BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan RM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2023 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan