RENCANA

COVID-19: Jumlah Kes Harian Baharu Seminggu 24,784; Kes Kematian 45

12/11/2022 03:05 PM

Oleh Melati Mohd Ariff

Berikut adalah Rangkuman TERKINI Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 5 Nov hingga pukul 11:59mlm 11 Nov 2022.

Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 4.94 juta kes. Di peringkat global, lebih 639 juta kes dilaporkan dengan kes kematian sekitar 6.61 juta kes. Jumah pesakit COVID-19 yang sembuh dilaporkan lebih 619 juta.

Pandemik COVID-19 yang masuk tahun ketiga sudah merebak ke 228 buah negara dan wilayah.

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Sebanyak 24,784 kes harian baharu COVID-19 dilaporkan untuk tempoh seminggu (5 Nov hingga 11 Nov 2022) dengan 45 kes kematian.

Ini berbanding 25,184 kes untuk tempoh yang sama (29 Okt hingga 4 Nov 2022) dengan 18 kes kematian.

Untuk bulan November setakat ini, angka kes harian melepasi paras 4,000 hanya pada 3 Nov (4,711), 4 Nov (4,360) dan 5 Nov (4,621). Kali terakhir negara mencatat kes 4,000 ialah pada 14 Ogos 2022 sebanyak 4,071 kes.


Seorang penduduk meranduk air di sekitar kawasan perumahan mereka di Bukit Mertajam akibat dilanda banjir kilat selepas hujan lebat sejak jam 5 petang. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Peningkatan kes harian baharu COVID-19 negara dikaitkan dengan penularan subvarian Omicron XBB.

Semalam (11 November), Malaysia mencatat sebanyak 3,245 kes harian baharu COVID-19 dan negeri Selangor mencatat kes tertinggi sebanyak 1,272 diikuti WP Kuala Lumpur (421), Melaka (264), Sabah (204), Pulau Pinang (160), Sarawak (139), Kedah (125), Negeri Sembilan (123), Kelantan (107) dan WP Putrajaya (104).

Negeri-negeri lain mencatat kes dua angka iaitu Perak (93), Pahang (88), Johor (75), Terengganu (43), Perlis (17) dan WP Labuan (10).

Untuk rekod, Selangor juga mencatat kes empat angka pada 5 Nov (2,018), 6 Nov (1,731, 8 Nov (1,515), 9 Nov (1,267) dan 10 Nov (3,436).

 

Sementara itu, kes aktif COVID-19 menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), KKMNOW dikemaskini pukul 11:59mlm 11 November adalah sebanyak 32,987 kes dengan 31,108 kes (94.3 peratus) menjalani kuarantin di rumah.

Berikut kes harian baharu COVID-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama 5 Nov hingga 11 Nov 2022:-


Jumlah Kes Harian Berbanding Kes Sembuh Wabak COVID-19 di Malaysia. Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

5 Nov (4,621), 6 Nov (3,913), 7 Nov (2,521), 8 Nov (3,781), 9 Nov (3,267), 10 Nov (3,436) dan 11 Nov (3,245).

Kes harian baharu COVID-19 sepanjang 29 Oktober hingga 4 Nov 2022:-

29 Okt (3,189), 30 Okt (3,129), 31 Okt (2,913), 1 Nov (2,913), 2 Nov (3,969), 3 Nov (4,711) dan 4 Nov (4,360).

 

Kes harian COVID-19 di negara jiran Singapura juga mencatat peningkatan yang ada kaitannya dengan penularan subvarian Omicron, XBB, seperti berikut:-

5 Nov (2,686), 6 Nov (1,893), 7 Nov (1,676), 8 Nov (3,568), 9 Nov (2,982), 10 Nov (2,765) dan 11 Nov (2,339).

 


Penduduk kampung terpaksa menaiki perahu untuk memindahkan barang untuk disimpan di tempat yang lebih selamat selepas rumah mereka dinaiki air di Kampung Lubuk Gong Rantau Panjang. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Sementara itu, sebanyak 4,208 kes sembuh pesakit COVID-19 diaporkan semalam, menjadikan kumulatif kes sembuh negara setakat semalam sebanyak 4,874,177 kes.

Malaysia kini mempunyai sebanyak 4,943,701 kumulatif kes COVID-19 dan menduduki tangga 27 daripada 228 buah negara/wilayah yang dilanda pandemik COVID-19. Di hadapan Malaysia ialah Greece (5,250,288) dan Ukraine (5,312,632).

Dalam kalangan 228 buah negara, mengikut data terkini Worldometer, Jepun mencatat kes harian baharu tertinggi (74,093) diikuti oleh Korea Selatan (54,519) dan Perancis (26,353).

Amerika Syarikat mencatat angka kematian akibat COVID-19 tertinggi dengan 1,100,121 kes.

 

SENARIO COVID-19 DI MALAYSIA


Hujan lebat hampir tiga jam petang semalam telah mengakibatkan beberapa kawasan di negeri Selangor dilanda banjir kilat dan seramai 669 orang mangsa telah dipindahkan ke tiga Pusat Pemindahan Sementara. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Data KKMNOW setakat pukul 11:59mlm, 11 Nov 2022 menunjukkan 31,108 kes (94.3 peratus) daripada 32,987 kes aktif COVID-19 dikuarantin di rumah.

Sifar (0) di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC); 1,792 kes (5.4 peratus) di hospital; 24 kes (0.1 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) sementara 63 kes (0.1 peratus) di ICU memerlukan ABP.

 

Untuk rekod, terdapat lima tahap jangkitan COVID-19 , iaitu

Tahap 1 - Tidak menunjukkan sebarang gejala

Tahap 2 - Bergejala ringan, tiada radang paru-paru

Tahap 3 - Bergejala, mengalami radang paru-paru

Tahap 4 - Bergejala, mengalani radang paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen

Tahap 5 - Bergejala kritikal, memerlukan rawatan intensif di Unit Rawatan Rapi (ICU).

 

Kes sembuh:-

5 Nov (3,577), 6 Nov (3,774), 7 Nov (4,695), 8 Nov (2,979), 9 Nov (4,026), 10 Nov (4,292) dan 11 Nov (4,208).

*kes kumulatif sembuh sehingga 11 Nov 2022 sebanyak 4,874,177.

 

Kes aktif dengan kebolehjangkitan:-

5 Nov (36,582), 6 Nov (36,716), 7 Nov (34,534), 8 Nov (35,457), 9 Nov (34,829), 10 Nov (33,965) dan 11 Nov (32,987).

 

Perincian kes harian baharu (3,245 kes):-

*mengikut negeri, setakat 11 Nov 2022

*(+kes import)


Status Terkini COVID-19 Malaysia. Kes Baharu mengikut Negeri. Sumber: KKM

Empat angka - Selangor 1,272 (+0);

Tiga angka - WP Kuala Lumpur 420 (+1), Melaka 264 (+0), Sabah 204 (+0), Pulau Pinang 160 (+0), Sarawak 139 (+0), Kedah 125 (+0), Negeri Sembilan 121 (+2), Kelantan 107 (+0) dan WP Putrajaya 104 (+0).

Dua angka - Perak 93 (+0), Pahang 88 (+0), Johor 75 (+0), Terengganu 43 (+0), Perlis 17 (+0) dan WP Labuan 10 (+0).

 

Rekod kes baharu, kes kumulatif dan kes import:-

5 Nov - Kes baharu 4,621; Kumulatif kes 4,923,538; Kes import 2

6 Nov - Kes baharu 3,913; Kumulatif kes 4,927,451; Kes import 4

7 Nov - Kes baharu 2,521; Kumulatif kes 4,929,972; Kes import 2

8 Nov - Kes baharu 3,781; Kumulatif kes 4,933,753; Kes import 3

9 Nov - Kes baharu 3,267; Kumulatif kes 4,937,020; Kes import 2

10 Nov - Kes baharu 3,436; Kumulatif kes 4,940,456; Kes import 3

11 Nov - Kes baharu 3,245; Kumulatif kes 4,943,701; Kes import 3

 

Rekod kes kematian:-

*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital; disahkan positif COVID-19 selepas ujian makmal RT PCR dijalankan.

5 Nov - 1 (BID 0), 6 Nov - 5 (BID 2), 7 Nov - 8 (BID 2), 8 Nov - 9 (BID 3), 9 Nov - 10 (BID 2), 10 Nov - 8 (BID 0) dan 11 Nov - 4 (BID 1).

*Jumlah kes kematian sehingga 11 Nov 2022 sebanyak 36,526 kes.

 

STATISTIK GLOBAL COVID-19


Statistik Terkini COVID-19 di Seluruh Dunia dan Ringkasan Kes COVID-19 di Malaysia. worldometers.info/coronavirus

Jumlah kes COVID-19 global terkini (worldometer) adalah sebanyak 639,887,554 kes (minggu lepas 637,283,239 kesdengan 6,613,471 kematian (angka kematian minggu lalu 6,604,272 kematian). Sebanyak 619,481,016 kes sembuh dilaporkan berbanding 616,732,860 kes sembuh minggu lalu.

Sebanyak 228 negara/wilayah dilanda pandemik COVID-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Perancis, Jerman, Brazil, Korea Selatan, United Kingdom, Itali, Jepun dan Rusia.

Pecahan kes COVID-19 untuk 10 negara teratas dan (+rekod kes harian baharu) adalah seperti berikut:-

Amerika Syarikat 99,890,119 (+11,844)

India 44,665,261 (+451)

Perancis 37,094,441 (+26,353)

Jerman 36,005,025 (+tiada maklumat)

Brazil 34,949,418 (+20,914)

Korea Selatan 26,091,539 (+54,519)

United Kingdom 23,930,041 (+tiada maklumat)

Itali 23,823,192 (+tiada maklumat)

Jepun 23,030,330 (+74,093)

Rusia 21,489,074 (+5,554)

 

Berikut adalah negara di Asia Tenggara, di samping Malaysia, dengan pecahan kes kumulatif COVID-19 dan (+kes harian baharu):-

Vietnam di tangga 13 - 11,508,170 (+630)

Indonesia di tangga 20 - 6,550,448 (+6,247)

Malaysia di tangga 27 - 4,943,701 (+3,245)

Thailand di tangga 30 - 4,695,207 (+tiada maklumat)

Filipina di tangga 38 - 4,015,266 (+1,227)

Singapura di tangga 46 - 2,136,658 (+2,339)

Myanmar di tangga 83 - 632,587 (+65)

Brunei di tangga 110 - 241,044 (+tiada maklumat)

Laos di tangga 113 - 216,335 (+12)

Kampuchea di tangga 125 - 137,996 (+tiada maklumat)

 

-------------------------------------------------------------------------

LATAR BELAKANG COVID-19

-- Penularan wabak COVID-19 yang pada awalnya dipanggil virus Wuhan berlaku ketika masyarakat Cina di seluruh dunia termasuk di China membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina. - Virus dikesan di Wuhan, ibu negeri wilayah Hubei, China pada 31 Dis 2019 selepas WHO dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar tersebut.

-- WHO memberi nama rasmi virus "2019-nCoV" iaitu COVID-19, singkatan untuk Corona Virus Disease 19. Virus ini dilaporkan mempunyai komponen genetik yang paling serupa yang terdapat pada ular dan kelawar. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020 akhirnya melabelkan wabak penyakit COVID-19 sebagai pandemik.

-- WHO menyifatkan wabak penyakit COVID-19 sebagai 10 kali ganda lebih berbahaya daripada Influenza A H1N1atau lebih dikenali sebagai Selesema Babi (Swine Flu).

-- Kes pertama 2019-nCoV di Malaysia disahkan pada 25 Jan membabitkan tiga (3) warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Jan.

-- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan empat VOC sebagai kebimbangan global iaitu United Kingdom (B.117), Afrika Selatan (B.1.351), Brazil (P.1) dan India (B.1.617).

-- WHO berikutnya mengumumkan varian COVID-19 akan dikenali menggunakan huruf Greek bagi mengelakkan mana-mana negara dikaitkan dengan stigma pandemik itu.

-- Variant of Concern (VOC) seperti berikut:- *varian Beta (B.1.351); *varian Alpha (B.1.1.7); dan *varian Delta (B.1.617.2), pertama kali dikesan di India pada penghujung tahun 2020.

-- Variant of Interest (VOI) seperti berikut:- *varian Theta (P.3); *varian Eta (B.1.525); dan *varian Kappa (B.1.617.1)

-- WHO mengumumkan kes VOC B.1.1.529 yang kemudiannya dinamakan Omicron pada 26 Nov 2021. Varian Omicron pertama kali dikesan di Wilayah Gauteng, Afrika Selatan.

-- Saintis di Institute IHU Mediterranee Infection, Perancis, mengenalpasti varian baharu pada penghujung November 2021, secara saintifik dikenali sebagai B.1.640.2 dengan mempunyai 46 mutasi dan menggelarkannya, IHU.

-- Israel mengesahkan kes pertama individu dijangkiti ‘Flurona’ iaitu kes Influenza dan COVID-19 secara serentak (2 Jan 2022).

-- 1 April 2022 - Malaysia masuk ke fasa peralihan ke endemik sebagai “exit strategy” untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19.

-- 1 Mei 2022 - beberapa kelongaran protokol Prosedur Operasi Standard (SOP) termasuk pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan daftar masuk serta status vaksinasi MySejahtera.

-- Malaysia kini berada dalam fasa peralihan ke endemik bermula 1 April 2022 sebagai “exit strategy” untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19.

 

BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan RM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2023 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan