BERITA PRU15   PRU15: Sivaraj gesa penyokong BN beri kemenangan kepada calon PH | Masa terbaik adakan PRN Kedah, Kelantan dan Terengganu - Shahidan | Dari Pantai Remis ke Putrajaya, Nga Kor Ming kini bergelar Menteri | PRU15 DUN Tioman: Calon perhebat kempen, manfaat tempoh yang ada | Salahuddin kembali ke Kabinet, bertukar portfolio | 
RENCANA

Kes Mingguan COVID-19 Susut Kepada 12,611 Kes

24/09/2022 11:36 AM

Oleh Melati Mohd Ariff

Berikut adalah Rangkuman TERKINI Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 17 Sept hingga pukul 11:59 mlm 23 Sept 2022.

Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 4.82 juta kes. Di peringkat global, lebih 619 juta kes dilaporkan dengan kes kematian sekitar 6.53 juta kes. Jumah pesakit COVID-19 yang sembuh dilaporkan lebih 599 juta.

Pandemik COVID-19 yang masuk tahun ketiga sudah merebak ke 228 buah negara dan wilayah.

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Sebanyak 12,611 kes harian baharu COVID-19 dilaporkan untuk tempoh seminggu (17 Sept hingga 23 Sept), menyusut kira-kira 10 peratus, berbanding minggu lepas (10 Sept-16 Sept), sebanyak 14,026 kes. 

Kes harian baharu COVID-19 dalam negara sepanjang bulan September ini terus kekal di bawah paras 2,500 dengan 2,070 dilaporkan semalam (23 September) termasuk tiga (3) kes import.

Setakat ini, kes terendah dilaporkan pada 19 haribulan sebanyak 1,307 kes berbanding kes terendah untuk bulan Ogos 2022 iaitu 1,946 pada 29 Ogos.


Peserta memenuhi aktiviti Glamping @ Muzium Negara, yang merupakan aktiviti tambahan kepada program Denai Malam @ Muzium Negara atau Museum Night Trail bagi menyemarakkan sambutan Hari Malaysia. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Menurut data COVIDNOW Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sehingga pukul 11:59mlm 23 Sept 2022, daripada 2,070 kes semalam, lapan (8) buah negeri mencatat kes tiga angka iaitu Selangor (592), WP Kuala Lumpur (392), Perak (226), Sabah (171), Negeri Sembilan (117), Pulau Pinang (108), Sarawak (102) dan Melaka (101).

Kes dua angka diaporkan di Kedah (55), Kelantan (52), Pahang (47), Johor (46), WP Putrajaya (32) dan Terengganu (18).

Kes satu angka di Perlis (6) dan WP Labuan (5).

 

Berikut kes harian baharu COVID-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama 17 Sept hingga 23 Sept 2022:-


Jumlah Kes Harian Berbanding Kes Sembuh Wabak COVID-19 di Malaysia. Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

17 Sept (1,572), 18 Sept (1,639), 19 Sept (1,307), 20 Sept (1,667), 21 Sept (2,111), 22 Sept (2,245) dan 23 Sept (2,070).

Kes harian baharu COVID-19 untuk minggu sebelumnya (10 Sept- 16 Sept) adalah seperti berikut:-

10 Sept (1,971), 11 Sept (1,483), 12 Sept (1,847), 13 Sept (1,942), 14 Sept (2,431), 15 Sept (2,375) dan 16 Sept (1,977).

Kes harian COVID-19 di negara jiran Singapura adalah seperti berikut:-

17 Sept (1,847), 18 Sept (1,528), 19 Sept (1,307), 20 Sept (1,667), 21 Sept (2,111), 22 Sept (2,545) dan 23 Sept (2,343).

 

Sebanyak 2,009 kes sembuh COVID-19 dilaporkan, menjadikan kumulatif kes sembuh sebanyak 4,766,228. Untuk kes kematian, sebanyak tiga kes dilaporkan dan kumulatif kematian kini sebanyak 36,345

Data COVIDNOW KKM setakat pukul 11:59mlm 23 Sept 2022 menunjukkan 24,528 kes (95.4 peratus) daripada 25,717 kes aktif, dikuarantin di rumah.

Sebanyak 1 kes (0.0 peratus) lagi di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC); 1,134 kes (4.4 peratus) di hospital; 21 kes (0.1 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) sementara 33 kes (0.1 peratus) di ICU memerlukan ABP.

 

Untuk rekod, terdapat lima tahap jangkitan COVID-19, iaitu

Tahap 1 - Tidak menunjukkan sebarang gejala

Tahap 2 - Bergejala ringan, tiada radang paru-paru

Tahap 3 - Bergejala, mengalami radang paru-paru

Tahap 4 - Bergejala, mengalani radang paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen

Tahap 5 - Bergejala kritikal, memerlukan rawatan intensif di Unit Rawatan Rapi (ICU).

 

Dengan sebanyak 4,828,290 kes kumulatif, Malaysia kini di tangga 27 daripada 228 buah negara/wilayah yang dilanda pandemik COVID-19. Di hadapan Malaysia ialah Greece (4,875,215) dan Austria (5,058,191).

Dalam kalangan 228 buah negara, mengikut data terkini Worldometer, Jepun masih mencatat kes harian baharu tertinggi (78,058) diikuti Rusia (53,335) dan Taiwan (40,025).

Amerika Syarikat mencatat angka kematian akibat COVID-19 tertinggi dengan 1,081,537 kes.

 

SENARIO COVID-19 DI MALAYSIA


Para pengunjung tidak melepaskan peluang membeli barangan keperluan pada Program Jualan Murah Keluarga Malaysia di Kampung Beladau Kepong, Kuala Terengganu. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Kes sembuh:-

17 Sept (2,695), 18 Sept (2,056), 19 Sept (1,830), 20 Sept (2,028), 21 Sept (1,493), 22 Sept (1,901) dan 23 Sept (2,009).

*kes kumulatif sembuh sehingga 23 Sept 2022 sebanyak 4,766,228.

 

Kes aktif dengan kebolehjangkitan:-

17 Sept (26,032), 18 Sept (25,611), 19 Sept (25,083), 20 Sept (24,715), 21 Sept (25,327), 22 Sept (25,659) dan 23 Sept (2,009).

 

Perincian kes harian baharu (2,070 kes) :-

*mengikut negeri, setakat pukul 11:59mlm 23 Sept 2022

*(+kes import)


Status Terkini COVID-19 Malaysia. Kes Baharu mengikut Negeri. Sumber: KKM

Tiga angka - Selangor 592 (+0), WP Kuala Lumpur 392 (+0), Perak 225 (+1), Sabah 171 (+0), Negeri Sembilan 117 (+0), Pulau Pinang 108 (+0), Sarawak 102 (+0) dan Melaka 100 (+1).

Dua angka - Kedah 55 (+0), Kelantan 52 (+0), Pahang 46 (+1), Johor 46 (+0) dan WP Putrajaya 32 (+0) dan Teregganu 18 (+0).

Satu angka - Perlis 6 (+0) dan WP Labuan 5 (+0).

 

Rekod kes baharu, kes kumulatif dan kes import:-

17 Sept - Kes baharu 1,572; Kes kumulatif 4,817,251; Kes import 3.

18 Sept - Kes baharu 1,639; Kes kumulatif 4,818.890; Kes import 9.

19 Sept - Kes baharu 1,307; Kes kumulatif 4,820,197; Kes import 4.

20 Sept - Kes baharu 1,667; Kes kumulatif 4,821,864; Kes import 2.

21 Sept - Kes baharu 2,111; Kes kumulatif 4,823,975; Kes import 5.

22 Sept - Kes baharu 2,245; Kes kumulatif 4,826,220; Kes import 6.

23 Sept - Kes baharu 2,070; Kes kumulatif 4,828,290; Kes import 3.

 

Perincian kluster baharu seperti berikut:-


Rangkuman kluster pendidikan di Malaysia sepanjang 2 minggu (10- 23 Sept 2022). Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

17 Sept - 1(kumpulan berisiko tinggi 1);

• Kluster Dua Jalan Padang Golf 2 (Hulu Selangor, Selangor) - 10 kes.

18 Sept - tiada kluster.

19 Sept - 1 (kumpulan berisiko tinggi);

• Kluster Dah Jalan Mendidih (Kuala Muda, Kedah) - 26 kes.

20 Sept - tiada kluster.

21 Sept - tiada kluster.

22 Sept - tiada kluster.

23 Sept - 1 (kumpulan berisiko tinggi 1);

• Kluster Jalan Ampang (Lembah Pantai, Titiwangsa, WP Kuala Lumpur) - 9 kes.

Jumlah keseluruhan kluster sebanyak 7,079 dan setakat 23 September, 14 kluster masih aktif.

 

Rekod kes kematian:-

*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital; disahkan positif COVID-19 selepas ujian makmal RT PCR dijalankan.

17 Sept - 2 (BID 2), 18 Sept - 4 (BID 1), 19 Sept - 5 (BID 1), 20 Sept - 7 (BID 1), 21 Sept - 6 (BID 1), 22 Sept - 12 (BID 7) dan 23 Sept - 3 (BID 1).

*Jumlah kes kematian sehingga 23 Sept 2022 sebanyak 36,345 kes.

 

STATISTIK GLOBAL COVID-19


Statistik Terkini COVID-19 di Seluruh Dunia dan Ringkasan Kes COVID-19 di Malaysia. worldometers.info/coronavirus

Jumlah kes COVID-19 global terkini (worldometer) adalah sebanyak 619,582,145 kes berbanding 616,537,103 kes pada minggu lepas dengan 6,538,519 kematian (jumlah kematian minggu lepas sebanyak 6,529,144). Sebanyak 599,498,874 kes sembuh berbanding 595,820,804 kes sembuh pada minggu lepas. 

Sebanyak 228 negara/wilayah dilanda pandemik COVID-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Perancis, Brazil, Jerman, Korea Selatan, United Kingdom, Itali, Jepun dan Rusia.

Pecahan kes COVID-19 untuk 10 negara teratas dan (+rekod kes harian baharu) adalah seperti berikut:-

Amerika Syarikat 97,877,931 (+32,083)

India 44,561,072 (+2,647)

Perancis 35,087,657 (+37,524)

Brazil 34,666,387 (+6,861)

Jerman 32,905,086 (+tiada maklumat)

Korea Selatan 24,565,021 (+29,081)

United Kingdom 23,621,952 (+tiada maklumat)

Itali 22,262,452 (+21,083)

Jepun 20,918,843 (+78,058)

Rusia 20,694,894 (+53,335)

 

Berikut adalah negara di Asia Tenggara, di samping Malaysia, dengan pecahan kes kumulatif COVID-19 dan (+kes harian baharu):-

Vietnam di tangga 13 - 11,470,164 (+2,545)

Indonesia di tangga 19 - 6,419,394 (+1,904)

Malaysia di tangga 27 - 4,828,290 (+2,070)

Thailand di tangga 29 - 4,677,090 (+752)

Filipina di tangga 38 - 3,932,155 (+2,378)

Singapura di tangga 46 - 1,887,202 (+2,343)

Myanmar di tangga 83 - 620,744 (+300)

Brunei di tangga 111 - 226,237 (+tiada maklumat)

Laos di tangga 113 - 215,654 (+39)

Kampuchea di tangga 125 - 137,827 (+3)

 

-------------------------------------------------------------------------

LATAR BELAKANG COVID-19

-- Penularan wabak COVID-19 yang pada awalnya dipanggil virus Wuhan berlaku ketika masyarakat Cina di seluruh dunia termasuk di China membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina. - Virus dikesan di Wuhan, ibu negeri wilayah Hubei, China pada 31 Dis 2019 selepas WHO dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar tersebut. 

-- WHO memberi nama rasmi virus "2019-nCoV" iaitu COVID-19, singkatan untuk Corona Virus Disease 19. Virus ini dilaporkan mempunyai komponen genetik yang paling serupa yang terdapat pada ular dan kelawar. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020 akhirnya melabelkan wabak penyakit COVID-19 sebagai pandemik.

-- WHO menyifatkan wabak penyakit COVID-19 sebagai 10 kali ganda lebih berbahaya daripada Influenza A H1N1atau lebih dikenali sebagai Selesema Babi (Swine Flu).

-- Kes pertama 2019-nCoV di Malaysia disahkan pada 25 Jan membabitkan tiga (3) warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Jan.

-- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan empat VOC sebagai kebimbangan global iaitu United Kingdom (B.117), Afrika Selatan (B.1.351), Brazil (P.1) dan India (B.1.617).

-- WHO berikutnya mengumumkan varian COVID-19 akan dikenali menggunakan huruf Greek bagi mengelakkan mana-mana negara dikaitkan dengan stigma pandemik itu.

-- Variant of Concern (VOC) seperti berikut:- *varian Beta (B.1.351); *varian Alpha (B.1.1.7); dan *varian Delta (B.1.617.2), pertama kali dikesan di India pada penghujung tahun 2020. 

-- Variant of Interest (VOI) seperti berikut:- *varian Theta (P.3); *varian Eta (B.1.525); dan *varian Kappa (B.1.617.1)

-- WHO mengumumkan kes VOC B.1.1.529 yang kemudiannya dinamakan Omicron pada 26 Nov 2021. Varian Omicron pertama kali dikesan di Wilayah Gauteng, Afrika Selatan.

-- Saintis di Institute IHU Mediterranee Infection, Perancis, mengenalpasti varian baharu pada penghujung November 2021, secara saintifik dikenali sebagai B.1.640.2 dengan mempunyai 46 mutasi dan menggelarkannya, IHU.

-- Israel mengesahkan kes pertama individu dijangkiti ‘Flurona’ iaitu kes Influenza dan COVID-19 secara serentak (2 Jan 2022).

-- 1 April 2022 - Malaysia masuk ke fasa peralihan ke endemik sebagai “exit strategy” untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19. 

-- 1 Mei 2022 - beberapa kelongaran protokol Prosedur Operasi Standard (SOP) termasuk pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan daftar masuk serta status vaksinasi MySejahtera.

-- Malaysia kini berada dalam fasa peralihan ke endemik bermula 1 April 2022 sebagai “exit strategy” untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19. 

 

BERNAMA 

 

 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan RM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan